Sunday, June 21, 2009

Tote Bag For Fonny Choong


Habis aje daripada bermain bowling.... aku balik ke rumah untuk menghantar Qayyim dan mengambil Beg yang di tempah oleh Fonny... untuk di hantar ke Pusat Epal Kotaraya.

Beg ini, aku belajar sewaktu epal kotaraya mengadakan Sambutan Hari Ibu..pada 16hb. mei yang lalu... seminggu selapas belajar beg ini, aku bawa semula ke epal untuk ditunjukkan kepada tenaga pengajar di situ...

Tiba-tiba sahaja, fonny(pengurus epal kotaraya)... telah minta aku untuk menjualkan beg aku kepadanya.... Bagaimanapun, telah menjadi prinsip aku... barang yang mula-mula aku hasilkan, tidak sekali akan ku jual..

Maka dengan itu... aku pun menjahit satu lagi beg untuk fonny.... Ini juga merupakan kali kedua fonny membeli beg yang aku hasil kan... Ada juga orang yang minat dengan hasil kerja tangan aku...

No comments: