Thursday, October 29, 2009

Bakul Serbaguna...

Salam...

Bakul serbaguna ini adalah merupakan Projek Bulan Januari di Pusat Kraftangan Epal.... sangat sesuai untuk dijadikan bekas hantaran , hamper, untuk letak buah-buahan serta lain-lain keperluan.... Bakul ini aku buat sikit tambahan dengan meletakan manik-manik besar dan manik corak daun untuk kelihatan lebih menarik...



Bakul Serbaguna dengan manik-manik Indah...

Bakul Serbaguna dengan tiga bahagian sekatan untuk pelbagai isian dan kegunaan..
Menarik???


Kebaya Nyonya...

Salam.....
Kebaya Nyonya....
Memang manis di pandang, Memang cantik di pakai.. Memang ayu dipandang kepada si pemakai... tak kiralah si gemuk atau si kurus.... hakikatnya, ia mempunyai nilai yang tersendiri walau dimana ia di letakkan....kerana itulah aku sendiri mempunyai Koleksi Kebaya Nyonya yang sungguh Excusive pada aku...



Kebaya Nyonya Tersergam Indah pada Diaryku...
Kebaya Nyonya daripada Kulit Kayu...

Kulit Kayu Kebaya Nyonya


Kulit Kayu Kebaya Nyonya dalam Frame...




Penanda Buku Kebaya Nyonya...



Tuesday, October 27, 2009

Order Fancy Cookies

Salam....

Dah lama rasanye tak upload gambar.. busy sangat sekarang, coz dah nak exam... tapi sebenarnya banyak gambar yang nak di upload.. tak pe lah slow-slow beb... Ini adalah Fancy Cookies yang di tempah oleh kak Marlina untuk party Birthday anaknya pada hujung minggu lalu...
Harap kak Mar suka lah ye... Anyway, thank you very much...



Inilah fancy cookies yang aku buat..
Sebenarnya, Aku campur-campur dengan saiz yang besar untuk Kak Mar...





Thursday, October 22, 2009

FolkArt

Salam...

Sebenarnya banyak benda sungguh yang aku minat... satu lagi hobby aku sebenrnya ialah melukis... walaupun aku ni, tak le pandai sangat nak melukis.. tapi aku nak try juga... kat bawah ni adalah salah satu lukisan yang aku belajar ngan 3 wanita hebat... (Pn. anizah, Pn. Zaitun dan Pn Nora) sebab ape mereka hebat? coz mereka ni, sanggup meninggalkan kerjaya sedia ada demi minat yang mendalam terhadap FolkArt... Aku bangga ngan mereka..Kalau buleh satu hari nanti aku juga akan mengikuti jejak langkah mereka... bukan melukis.. tapi resign...


Ini adalah kali pertama aku try melukis dengan teknik FolkArt...
boleh tahan gak aku ni kan?
Hai , macam-macam hobby aku.. tapi yang utama tetap lah menjahit.. yang lain-lain hanyalah hobby sampingan...

HAPPY 6TH BIRTHDAY.. QAYYIM FARHAN

Salam...

Today is Qayyim 6th birthday... Pejam celik, pejam celik dah tak sedar sungguh cepat masa berlalu.. dah besau anak teruna aku.. Next Year dah sekolah betul-betul... Inilah persiapan untuk birthday Qayyim yang aku sediakan sendiri.. Anyway Happy Birthday Sayang.. Mama sayang Qayyim... Mama doakan semoga Qayyim berjaya dalam hidup ini.. Di Dunia dan Di Akhirat.. Don't be Noughty!!!


Photo Cakes

Photo Cakes



Edible Cup Cakes



Edible Cup Cakes



Alphabert Fancy Cookies




Birthday Party at Q-Dees



Birthday Party at Taska




Qayyim and Qatrunnada

Sunday, October 18, 2009

Salam..

Inilah Madam Fully... Pengasas EPAL.. yang juga merupakan.. salah seorang Idola dan orang yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan kesungguhan kepada semua ahli VIP Epal... termasuklah aku. Aku adalah orang yang pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berjumpa dengan beliau jika berkesempatan terutamanya apabila beliau datang ke Pusat Epal....
Madam Fully juga dah kenal akan aku... mana tak nya.. akulah orang yang paling banyak memberi komen tentang epal.. Anyway, aku bangga dengan madam kerana walau sesibuk mana pun beliau , masih lagi sudi untuk turun padang ke setiap cawangan Epal... bagi membuat pemantauan dan mendapatkan maklum balas terus dari ahli VIP Epal..

Madam Fully and Me..




My New Mixer...

Salam..



Hari ini seronok sangat walaupun penat.. aku and hubby mengemas dapur untuk sediaka tempat letak yang bersesuaian untuk Mixer baru aku... beli dah 4-5 hari, tapi hari ni baru berpeluang nak settlekan mixer ni... Mixer ni berat giler nak angkat dia... 29kg... Hubby la yang kena angkat..hehehe





Inilah gambar hadapan mixer aku..


Pandangan tepi



Pandangan tepi..
Siap aje kemas.. aku rehat jap dan terus mula membancuh adunan untuk membuat cookies... nantikan episode Cookies bila semuanya dah siap 100%..




Sulam Saprah

Salam..

Minggu lepas adalah minggu yang agak busy bagi aku.... antara projek yang aku kena siapkan adalah saprah yang di tempah oleh kak malia (CC Jamaliah).. Dia bagi kain kat aku dan minta aku buatkan saprah kerana dia nak guna pada hujung minggu ni... sebenarnya aku tak pernah buat saprah, so agak cuak juga la... jenuh aku memikirkan corak dan bunga ape yang sesuai.. semua colection yang aku ada aku tengo balik satu persatu... akhirnya aku dapat corak yang paling cepat dan simple....so mula kan lah aktiviti menyulam.. setelah selesai sulam aku, jahitkan pula corak pelbagai jenis di sekeliling saprah..
Petang Jumaat aku hantar kat opis kak malia... takut juga pada mulanya.. takut dia tak berkenan.. Alhamdulillah dia suka sangat.. terasa kepuasan bila orang menghargai ape yang kita buat... upah bukanlah ukuran untk satu kepuasan... terima kasih kak malia..



Mula-mula aku sulam pakai mesin MC 350E aje... tapi nampak gayanya lambat sangat siap,so terpaksalah guna 2 mesin sekali jalan...




Buka mesin satu lagi MC300E.. baru lah cepat siap..




Agak pening juga nak handle 2 mesin sekali jalan.. Inilah keadaannya.. huru-hara.


Close-up.. sulam yang aku pilih



Inilah hasilnya... semua saprah yang di sulam telah pun siap...

Saturday, October 17, 2009

Pertandingan Ping-Ping An An

Salam..


Lagi cite pasal pertandingan di Epal.. cerita bermula apabila aku membaca majalah bulanan epal..Ada di anjurkan pertandingan Ping-Ping AnAn.. Aku pun kurang pasti apakah pertandingan tu??Bila aku tengok gambar kat bawah ni, barulah aku tahu... pertandingan hiasan , reka letak buah Epal... Aku tertarik dengan hadiah yang di tawarkan..iaitu "Cutter Set". Ape yang menariknya hadiah ni? aku pun tak tau, pada hal aku pun dah ada. Mungkin kerana Cutter Set ni ada banyak saiz, dari yang paling besar hinggalah yang kecil. Semuanya ada 5 . Kalau nak beli sendiri mahal.. satu set yang aku beli pun dah dekat RM 300.00, ini kan pula kalau banyak sebegini. Katogeri Pertandingan adalah bermula dari 3 pemenang di setiap Pusat Epal dan pemenang-pemenang ini layak untuk ke peringkat seterusnya, bagi di nilai untuk keseluruhan peserta pertandingan.

Aku mengambil keputusan untuk membeli bahan untuk pertandingan yang bernilai RM189.oo. Bila barang dah sampai, aku mula belajar cara membuat buah epal dan daun nya daripada kain yang di berikan.. Buat lagi banak-banyak dan aku buat dalam pelbagai saiz dan warna.. ade yang kecik , ade yang besar, epal merah dan epal hijau...
Sebenarnya ini merupakan pertandingan aku yang pertama untuk katogeri Craft.. Takut juga aku sebab tak begitu mahir... Setelah siap menghias bingkai yang di penuhi dengan Epal.. aku bawa ke Pusat Epal untuk hantar dan di nilai... Memandangkan aku adalah peserta tunggal dari Pusat Epal Kotaraya, so bermakna aku layak terus ke peringkat seterusnya... Satu Bonus untuk aku.. Bagaimanapun, untuk ke peringkat seterusnya, aku telah pun di tegur oleh cikgu Zura dan Pengurus (Fonny) . Teguran ini adalah bertujuan untuk aku membaiki kesilapan pada epal-epal aku... Cikgu komen Epal aku kurang padat, so aku kenalah tambah lagi Fiber dan buka semula epal-epal aku.. Banyak kali juga aku fikir.. nak repair ke tak? tapi macam dah malas.. Akhirnya aku minta kebenaran Fonny untuk ambil dan bawa pulang... aku tak boleh buat kat pusat kerana mood tak cukup kuat.. Fonny kasi dan aku janji akan bawa semula dalam masa terdekat. Setelah siap aku, hantar semula ke Pusat Epal..

Akhirnya, pada suatu hari aku mendapat panggilan telefon dari Fonny dan dia memaklmkan bahawa aku adalah pemenang tempat kedua bagi keseluruhan. Alhamdulillah.. dapat juga ape yang aku nak.. tempat ke berape aku tak kisah, yang penting aku dapat hadiahnya.. cox hadiah tempat pertama hingga ketiga adalah sama... Ini adalah satu permulaan yang baik buat aku.. next time kalau ad lagi, aku akan masuk..hehehe...



Inilah maklumat pertandingan yang menarik minat aku...


Inilah bukti aku pemenang kedua.. tapi gambar tu dah salah letak... Hasil kerja aku adalah gambar yang di tempat ketiga.. bawah gambar aku..



Setelah menang, aku Framekan dan kini tersergam indah di dinding ruangan menjahit aku.. Kenapa aku frame kan? supaya ia menjadi semangat untuk aku bertanding lagi..



Selain itu, aku juga menghasilkan sebiji giant epal.. dan letak di ruang tamu... tapi epal ni nampak macam buah lai aje... hehehe

Thursday, October 15, 2009

PROJEK BULANAN AKU - BEG BUNGA ROMBUS

Salam..
Ini adalah salah satu beg bulanan yang ditawarkan oleh Pusat Epal untuk di pelajari... Bentuk asal beg ini adalah sepeti dibawah... tapi aku selalu akan mengubah bentuk atau susuan warna yang di tetapkan oleh Epal... Kenapa? sebab aku kurang minat dengan susunan yang ditawarkan.. bagi aku ianya kurang menarik minat aku... so, aku akan tukar yang mane perlu sahaja..

Untuk Beg Rombus, aku telah memaksimakan penggunaan kain yang diberikan.. sebab tu beg aku jadi panjang @ tinggi daripada asal... sayang nak potong kain tu.. so kita abihkan aje kain yang ada.. Lagi pun aku suka beg yang besar, supaya banyak barang yang boleh di letakan di dalamnya..




Inilah corak dan bentuk Beg Rombus

Inilah Beg Rombus aku..

Bunga-bunga...an





Monday, October 12, 2009

My New Class... Photo Cake, Cupcakes and Fancy Cookies

Salam..


Hahahaha... dah lama aku tak join kelas untuk buat pastry dan seumpamanya.. last sekali aku join kelas-kelas macam tu.. 3 tahun lepas, masa tengah pregnant kan cik Baby.. tapi sekarang aku join kelas yang aku rasa ianya agak best dan unik.. yang aku tak tau.. so, pada hari ahad lalu, aku pun join kelas kek...


Seawal pagi lagi aku dah ready nak gi belajar.. cikgu lum siap mandi lagi aku dah sampai depan rumahnya.. mana taknya aku takut sesat, tapi alhamdulillah tak de sesat.. sebab tu la aku sampai awal...


Sebenarnya aku ada tujuan gi belajar deko kek ni.. sebab aku nak buat sendiri kek anak teruna aku (Qayyim) semperna hari lahirnya yang ke 6 pada 22hb. Oktober ni...Insya Allah.. Doakan semoga aku berjaya..


Inilah hasil pembelajaran aku... selama 1 hari...






Photocakes.... me and hubby

Pandangan dari atas.. Seme rose tu aku yang buat kecuali yang di tengah-tengah... Itu cikgu yang buat untuk tunjukkan caranya pada aku... dah lama tak buat rose tu... dulu aku dah pernah belajar buat, tapi dah lama tak buat rasa kekok la sikit...


Ini adalah pandangan dari bahagian tepi...


Inilah hasil deko aku untuk cup cakes... berasaskan fondant dan buttercream..



Fancy Cookies...

Inilah yang paling tak sabar sekali aku nak belajar... cookies memang kita boleh buat tapi nak belajar macam mane teknik nak mengkalerkan dia tu yang aku tak tau..



Testimonial...
Balik aje dari kelas...dan bila dah sampai di rumah aku tunjukkan kat anak dara aku... Nampaknya dia tertarik dengan Fancy Cookies... mungkin sebab dia warna warni...
Emmmm.... sedapnya gula dia... jilat..jilat...jilattt lagi.... sudahnya gula habis.. biskut tak habis... Itulah budak-budak...
Di sebabkan hari jadi Qayyim dah smakin hampir... dan dan aku punye mixer dah hilang coz tak ingat letak... so hari ni aku dah order mixer baru.... yang lebih besar sikit dan pastinya bukan hand mixer.. esok baru sampai.. Tak sabar... nanti dah sampai aku show off ...

Tuesday, October 6, 2009

PROJEK BULANAN AKU- 'BEG QUEEN OF NATURE'

Salam...

Kali ni aku nak tunjukkan apakah yang dah aku pelajari di Pusat Kraftangan EPAL...Banyak projek yang ditawarkan di sana... antaranya adalah beg ini...nama beg ni QUEEN OF NATURE..

Nak buat beg ni... memang perlukan kesabaran yang tinggi... cabaran yang pertama adalah semasa hendak memotong kain... jumlah kain yang di potong untuk di jadikan badan beg ini adalah seanyak 120 keping.. Cabaran yang kedua adalah, semasa hendak mencantumkan 120 kepingan kain ini... tapi itu kira okey lagi... seterusnya... cabaran yang ketiga...semasa menarik benang untuk menjadikan beg ini berkedut-kedut dibahagian atas dan bawah.... selepas sahaja siap tiga perkara ini... dah tentu tak sabar nak tengok beg ini siap.. sebab kerja utama untuk menyiapkan beg ini dah nampak hasilnya... cuma tinggal di tambahkan sikit-sikit kerja aje lagi...
Inilah pandangan dari bahagian hadapan beg Queen


Close-up... Hiasan 3 kuntum bunga... di bahagian hadapan







Inilah pandangan di bahagian dalam beg Queen...

Next time aku akan tunjukkan lagi pelbagai jenis kraftangan yang pernah aku pelajari dan aku buat...

Mother's Bag 2006

Salam..

Beg lagi.. Ini pun beg pertandingan mother's day bagi tahun 2006 yang aku menang tempat pertama untuk pertandingan di peringkat Pusat Epal Kotaraya...
Cabaran untuk setiap pertandingan yang di anjurkan memang tidak sama... Sewaktu pertandingan ni aku sibuk dengan Kursus. Masa ni, aku menghadiri Kursus Induksi di KLIA... Sebelum ke kursus, aku dah berangan-angan untuk isi kan masa lapang di kursus dengan menyiapkan hiasan beg ni.. tapi malangnya aku langsung tidak berkesempatan kerana jadual yang terlalu padat. Aku perlu beri tumpuan pada kursus kerana ada exam pada penghujung kursus. Exam ni sangat le penting, tak buleh gagal. Kalau gagal aku kena ulang semula.
Habis saja kursus, aku mula busy nak siap kan beg ni.. mana taknya aku terpaksa kerja keras dan tak tido malam nak menyiapkan beg ni... Kenapa?? Sebab bahan untuk beg ini aku dah beli dan tempoh masa untuk menghantar susah semakin hampir... Pertandingan kali ini di syaratkan supaya di buat sulam manik labuci pada beg. Aku jahit tak kira masa.. termasuklah waktu rehat di pejabat... sampai nak bocor jari aku..
Berkat kesabaran dan sedikit teknik yang aku pelajari dari kelas bersama RADZWAN RADWILL yang pernah aku join dulu.. telah menjadikan pemenang tempat pertama... Hadiah hanya di berikan kepada tempat pertama sahaja...
Aku cuma dapat kid untuk membuat patchwork and applique dengan konsep "teady bear". Sampai la ni pun tak buat lagi, coz masa tak mengizinkan...
Inilah begyang menjadikan aku pemenang...


Pandangan Hadapan

Hiasan manik pada bahagian hadapan



Pandangan Belakang



Hiasan Manik pada pandangan belakang



Keadaan beg bila di buka...


Monday, October 5, 2009

Craft Books Again...

Salam...

Last week aku gi ronda-ronda... entah macam mane tergerak lak hati ni nak lepak kat kedai buku.. Biasela aku.. tak leh nampak kedai buku.. mesti nak singgah.. Hasilnya, habis lagi la duit aku.. Inilah buku-buku yang aku beli.

Rasa tak sabar nak try buat seme benda kat dalam ni.. nantikan projek aku seterusnya..