Monday, November 30, 2009

Majlis Perasmian Tapak Semai Usahawan-26.11.2009

Salam...

Sepatutnya aku bercuti sehari sebelum raya aidil adha supaya aku boleh balik cepat ke kampung... tapi ape kan daya, epal lak buat program Perasmian Tapak Semai Usahawan di Hotel USJ... so aku bodek la hubby bilik lambat sikit.. then..pagi-pagi lagi aku dah ke USJ, Subang.. awal juga aku sampai.. orang pun tak penuh lagi... Ape yang seronoknya event macam ni? dapat doorgift.. kali ni, dapat payung, beg, tisu pouch design baru, buku, vocher...



Bersama Madam Fully..
sebab aku sampai awal..sempat la aku culik Madam untuk bergambar...
Idola aku ni.. sungguh kagum ngan cara pemikiran madam..

Sekitar kawasan pameran...





dalam banyak-banyak booth.. aku paling suka booth ni..
kenapa?
coz dia jual beg... I love beg..
Beg yang gambar di bahagian atas tu adalah beg idaman ku.. tapi masih lum mampu nak beli..
nak tau berape harga dia.. hampir2 rm400.00 dan ke atas.. x pelah.. jahit sendiri lagi puas hati..hehehe
Ada di antara beg-beg di atas di hasilkan untuk di jual di MODEN MUM.. ia adalah antara keperluan dan kelengkapan barangan bayi..




Ini adalah patchwork.. (carpet and hangging wall)..
katogeri hiasan rumah




Pelbagai jenis dan warna beg Sejadah...





Tekad benang emas..






Bunga-bungaan...
seme bunga-bunga ni di hasilkan dengan kain tau.. jangan tertipu...





Inilah Patchwork "Giant Log Cabin"
Ia di hasilkan oleh 358 orang peserta dari seluruh malaysia..
Sempat gak aku bergambar di atas 'Giant Log Cabin'



Inilah acara menyempurnakan jahitan 'Giant Log Cabin'
oleh
Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah maimunah Iskandariah Binti AlMulawakkil Alailah Sultan Iskandar.

Friday, November 27, 2009

Qayyim & Q-Dees.....

Salam...



Sedih rasanya.. coz Qayyim dah abih sesi persekolahan PRA Sekolah @ TADIKA... Tahun hadapan dah masuk darjah satu..

Sedikit cerita sepanjang persekolahan Qayyim.. Semasa hari pertama aku hantar dia ke sekolah semasa 5 tahun dan 6 tahun, muka dia sedih aje. Mungkin dia takut nak ke sekolah. Yelah, masa kau hantar dia masuk ke sekolah, basic dia adalah zero.. satu menda pun dia tak tau. malah bila tiba masa untuk aku nak balik, dia dah mula menitiskan air mata. Biasalah dia tu.. mula2 sedih.. tapi bila tiba waktu nak amik dia balik... happy bukan main lagi...


Inilah muka Qayyim masa hari pertama ke sekolah sewaktu umur dia 6 tahun.. (2009)


Ini pula antara aktiviti tahunan sekolah Qayyim... Annual Concert.. yang di adakan di UIA.


Inilah wajah ceria dia nak ke Consert...




Ini adalah gambar kenangan Qayyim and Papa di Sekolah Q-dees. Ini adalah merupakan hari terakhir Qayyim di sekolah Q-Dees... 23hb November 2009..




Okey mama.. Qayyim nak bergambar last kat sekolah..
Sikit lagi nak melepasi pintu sekolah..






Close-up... Qayyim dah nak kuar dah ni.. bye Q-Dees..
Sayonara... sampai berjumpa lagi dengan adik saya Qatrunnada 2011..
Thank You 4 All the Teachers... Love You and Miss You..


Wednesday, November 25, 2009

Fancy Cookies

Salam...
Lagi lagi citer pasal fancy cookies... kali ni fancy cookies di tempah oleh Kak Azah... khas untuk anak saudaranya semperna kenduri berkhatan. Cookies ni tiada tema, so aku pandai-pandai sendiri la mendekornya... pening gak kepala coz.. aku risau lak kalau tak sesuai dengan kehendaknya..Alhamdulillah masa dia ambil malam tadi, dia suka sangat.. jom cuci mata dengan fancy cookies aku...
Ni warna yang paling aku suka tengok... macam strawbery lak aku tengok... hehehe

Warna ni paling lembut... semestinya white and pink...





So sweet.........purple pink...








Ada juga si BEN 10 ni...




kasut..kasut....
Sebenarnya aku buat lebih fancy cookies ni untuk Qayyim bawa ke sekolahnya.. memandangkan hari ini adalah hari akhir persekolahannya... so ade party.






Sunday, November 22, 2009

Baju Kurung Pesak Gantung Moden..

Salam...

Baju ini adalah milik gadis manis berbangsa India yang bernama Citra, walau pun citra ini adalah india.. tetapi dia suka berbaju kurung.. Cantik warna kain yang di pilih... Baju ini adalah baju kurung pesak gantung.. kain nya adalah kain selisih... bagaimanapun untuk bahagian tangan aku buat ianya besar bi bahagian bawah dan di letakkan getah.. ala-ala mini kurung dulu-dulu... harap citra suka lah ye....

Nanti kita up load gambar citra.. apabila dia pakai baju ni ye...
dia mesti pakai dalam minggu ni punye... hehehehe.. maklum la dah tak sabar...

Thursday, November 19, 2009

Beg Patchwork Bunga Api

Salam..



Kali ni, aku nak memperkenalkan beg bunga api.. Ini adalah merupakan beg pertama yang aku buat dan siapkan bagi projek di epal.. aku berjaya siapkan beg ni dalam masa 5 kali datang aje... ye lah masa tu very very excited...tapi menyiapkan beg ni, memang sesuatu yang menarik dan memberikan aku pengalaman baru yang cukup berharga..
Semasa mempelajari beg bunga api, aku telah pun dapat mempelajari satu teknik patchwork yang senang dan tak pernah terfikir oleh ku sebelum ini... Untuk pengetahuan kawan-kawan, aku pernah menghasilkan simple patchwork sebelum aku berkahwin... tapi tau tak bila patchwork aku siap???? patchwork tu siap semasa aku mengandung... bukan mengandung anak pertama. tetapi mengandung anak yang kedua.. hahahaha lama tak tempoh masa yang aku ambil untuk siapkan?? Kenapa boleh jadi macam ni ye... sebab aku rasakan menyiapkan patchwork adalah sesuatu yang sukar.. kerana aku tidak tahu bagaimana teknik yang sebenarnya... tapi apabila aku mempelajari beg bunga api, barulah aku tau macam mana teknik dan step-step yang perlu aku buat... malah aku boleh siap dengan tempoh masa yang cepat lagi...





Inilah Beg Bunga api yang aku hasilkan...
aku cukup puas hati... dan berbangga dengan diri aku sendiri...


Close-up...
Inilah cantum-cantuman tiga segi... setiap bucu mestilah brtemuantara satu sama lain..




Beg ini di lengkapi dengan zip....




Inilah gambar pandangan bahagian dalam.. ada poket lagi...

Edible Fancy Cookies

Salam..

Ini adalah edible cookies yang di tempah oleh kak suhana... asalnya kak suhana turut serta rombongan lawatan sambil belajar Taska MPS ke Petrosains tempoh hari, di mana anak teruna aku ; Qayyim turut serta. Aku saja bekalkan Qayyim Edible Cookies untuk Qayyim dan rakan-rakannya.... mana tau, penyelia taska pulak yang berkenan... alhamdulillah... terima kasih kak su kerana sudi tempah ngan saya...


edible fancy cookies.
Tema Doraemon dan Sponge Bob.

Monday, November 16, 2009

Fancy Cookies for my Child

Salam...
Lagi cerita pasal fancy cookies...... hahaha ape dah jadi ni... hobby dah semakin banyak cabang la pulak.. kebetulan gak nye. Macam mane pun aku nak share gak cite cookies aku ni..hehehehe...
Sebenarnya, hari ini anak aku Qayyim mengikuti program dengan TASKA nye.. Lawatan sambil belajar ke Pertrosains, KLCC.. so, aku sajalah nak sediakan sedikit Jajan untuk Qayyim bawa ke sana dan bolehlah dia share dengan kengkawan dia.. So, menda yang paling senang untuk di siapkan adalah Fancy Cookies.
Nak di jadikan cerita, balik aje kerja, semalam.... aku terus menyediakan bahan-bahan untuk membuat cookies..semalaman aku di dapur.. menyiapkan cookies. Untuk siap cepat dan supaya nampak cantik tetapi simple, aku gunakan 'edible cartoon image'. Theme yang aku pilih adalah 'Ben 10 dan Mickey Mouse'. Ialah mengikut kesukaan anak-anak aku la..
Walaubagaimanapun, aku sempat gak buat lebih sikit untuk lain-lain partten.. al maklumlah baru dapat 'cutter' baru ...hehehehe sebab tu la excited nak buat banyak2. Kalau ikutkan hati tak nak tido.. tapi tak boleh... esoknya aku kerja..
Silalah menjamu mata... ye...

Cantik tak?

Jangan salah sangka... ini adalah cookies.. bukannyer baju anak patung....hehehe
Harga untuk sehelai fancy cookies ni, adalah RM4.50/pcs. Minima order adalah 5 helai.




Ben 10.. Fancy Cookies..
Inilah yang aku bekalkan pada Qayyim dan kengkawannyer..


Mickey Mouse.. Fancy cookies..
Untuk Baby. Qatrunnada..
Harga bagi 'edible' Fancy cookies adalah RM1.80/pcs. Minima order adalah 15pcs.
(Terdapat dalam pelbagai gambar cartoon.. seperti spongebob, hello kitty, doraemon spiderman dan lain-lain...bergantung kepada stok yang ade..)



Ini pun fancy cookies.. dress and cake...
RM4.50/pcs. Minima order is 5 pcs.
MEGA SALES...........


Sepatu Fancy Cookies....
ade sesiapa kehilangan kasut... dan yang ingin memiliki kasut comel ini???

Murah aje...RM1.80 sepasang. Minima order 10 pasang.

Jika ada sesiapa yang berminat nak order fancy cookies untuk hari raya aidil adha.. bolehlah oder sebelum atau pada ... 22.11.2009.. Terima kasih...


Sunday, November 15, 2009

Chocolate Moist & Cartoon Art Work Cakes

Salam...

Semalam aku telah menambahkan lagi satu kemahiran dan teknik menghasilkan kek... dari pagi aku kuar umah sampai la malam baru habis kelas aku tu... tapi sangat la berbaloi kerana aku dapat jumpa dan kenal dengan kawan-kawan baru yang very very spoting and very fun. Rakan sepembelajaran semalam ada dari Ipoh, Batu Pahat, Klang dan sekitar KL...
Anyway Thanks a lot for my hubby coz sanggup hantar dan ambil aku... Thank You My Dear.. kalau dia tak hantar aku memang boleh cari pergi sendiri dengan member, tapi balik memang tak boleh dah nak drive... kenapa??? hahahaha tapak tangan aku dah ke.......jang... sebab buat bunga ros coklat banyak sangat dan deko kek coklat. Asalnya cikgu aku suruh kita orong letak coklat rice je kat baagian tepi kek... tapi biasalah aku, nak wat lain sikit dari orang lain... hah!!! amik ko.. rupanya bukan senang nak buat hiasan di bahagian tepi dari coklat.. huh berpeluh beb... dah setengah jalan buat, rasa nak nangis pun ade.. dah la rushing nak balik cepat... coklat lak dah keras dan tak boleh nak kuar dari piping bag..huhuhu rasakan.... Tapi aku puas........
Dah banyak kelas yang aku attend, tapi, kali ni aku rasa lain sikit... kenapa??? Entah... tapi aku ade rasa keyakinan aku ade la sikit bertambah.... dengan ini... aku kini sudah ready to take the ORDER for the cakes and Fancy Cookies secara serious..... Buat kengkawan semua... please support me... thank you...
Jemputlah menjamu mata dengan hasil kerja aku... Chocolate Moist Cakes and Cartoon Art Work Cakes...




Inilah Chocolate Moist Cake yang aku hasilkan...
Cantik Tak? sedap tau rasanya....

Inilah Close-up... Roses of chocolate...
sampai lenguh-lenguh jari aku nak menyiapkan bunga ros ni


Close-up... Inilah decoration untuk bahagian tepi... inilah yang membuatkan aku separuh menyesal tak letak chocolate rise... tapi bila dah siap memang cantik dan bangga dengan diri sendiri..hehehehe




My Chocolate Moist Cakes.....

Price : RM45/kg and above... depend on decoration...




Inilah Cartoon Artwork Cakes Power Puff Girls...
saja aku pilih PPG coz anak-anak aku sukan PPG..





Close-up lagi.... Inilah decoration yang aku buat..
Purple Polkadot...
so sweet.... macam kek kahwin je..hehehehehe
boleh lah kita panggil "Kek Pengantin Power Puff Girls"






Inilah kek - kek yang aku hasilkan.....





Inilah My Cartoon Artwork Cakes.."Power Puff Girls"
Price: Rm38/kg and above... depend on Decoration
Vanilla Sponge Cake with Orange Filling or depand on request

Wednesday, November 11, 2009

Cuppie PinCushion and Triangle Coin Bag

Salam...

Ini adalah salah satu projek daripada buku-buku yang aku beli beberapa bulan yang lalu. Dah lama aku berhajat nak buat 'Cup Cake Pin Cushion' dan 'Triangle Coin Bag ni'... baru sekarang berpeluang untuk membuatnya... seronok sangat.. Inilah hasilnya... silalah menjamu mata.



comelnya..... pada aku...

Pandangan hadapan....Triangle Coin Bag..
Aku hiaskan dengan kain cotton yang berwarna warni serta butang yang juga berwarna warni...


Pandangan tepi.... Triangle Coin Bag di buat daripada kain jeans.
Jika ade sesiapa yang berkenan boleh lah memiliknya dengan harga RM8.00 sahaja.



Ini lah hasil Cup Cake yang baru keluar dari Oven Mesin Jahit... hahahaha..
Comel nyer....



Inilah pandangan dari atas.... sweet cuppie....
Minat? Berkenan?
Jika ade yang berminat dan mahu memilikinya sebagai koleksi... boleh dapatkannya cuma dengan harga RM8.00..

Sunday, November 8, 2009

My New Collection Of Sewing Machine...

Salam...

Seronok sangat dapat mesin jahit baru... Walaupun tengah kering... aku gagahkan jua untuk memilikinya.. Kini, dia adalah milikku.. kini dan selamanya... Aku terjumpa mesin jahit ni masa aku singgah ke 'Souvenir Shope' kat area Taman Melawati.. Sebenarnya aku tak rancang pun nak beli ape-ape.. cuma nak ronda-ronda and window shopping serta nak abihkan masa rehat yang panjang pada hari jumaat...

Mesin ni cuma ada 2 unit sahaja... kalau tak amik, nanti takut dah tak ada pulak dan risau lak termimpi-mimpi... kerana biasanya aku kalau dah jumpa benda yang aku berkenan.. siang malam terbayang-bayang sampai la aku dapat memilikinya...



Kotak mesin ini adalah sangat special..

Kotak ini berukuran 19cm panjang, 11.5cm lebar dan 8cm tinggi.



Kotak mesin ini boleh di buka.. slide..




Inilah pandangan dalam kotak.. ada ruang untuk mengisi benang dan juga peralatan menjahit...



Pandangan bahagian bawah sekali...




Close-up... tertera tulisan SINGER pada mesin...It so real... I Like...




Close-up... corak pada bahagian tepi kotak...
Emmmm....emmmmm...
Senangnya dalam hati.. mesin SINGER ku miliki... seperti dunia... analah yang punya..
Good Night....... have a sweet dreamm zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...