Tuesday, August 31, 2010

Aksi-Aksi Qaseh Audadi Semasa Dalam Berpantang

Salam..

Saksikan lah.. aksi comey baby ku... Qaseh Audadi...

Qaseh Kesayangan ku @ Audadi

ButterFly Tin - Decopage

Salam....
Inilah aktiviti aku bersama anak daraku... Qatrunnada.. membuat decopage pada tin. Sebenarnya aku nak buat decopage ni untuk Qatrunnada kerana nak isi keropok.. dia suka sangat makan keropok ikan.. so cadang-cadangnya tin ni untuk isi keropok dia lah...
Inilah hasilnya........



Inilah pandangan dari sebelah atas...
Gambar rama-rama ni aku amik dari kertas hadiah.. kemudian di gunting ikut bentuk rama-rama.


Inilah hasilnya.....
macam maner? okey tak? cantik tak?

Saturday, August 28, 2010

Kuih Raya Confinement

Salam....

Aktiviti 17 Ramadhan and hari ke 18 berpantang....
Semperna cuti nuzul pada 27hb Ogos 2010... aku mengambil kesempatan untuk membuat kuih raya... bukan untuk di jual tapi untuk anak-anak ku...

Ini adalah antara kuih kegemaranku..... Kuih Sarang Semut. Aku hanya buat 2 adunan sahaja memandangkan sekarang aku tengah berpantang dan tidaklah berapa nak larat...hehehe tapi semangat nak raya tu cukup kuat...huhuhu..


Close-up.... Kuih Sarang Semut....
Kuih ini aku buat bersama-sama dengan anak dara ku.. Qatrunnada...
Thank You Sayang... Tolong mama...


Dapatlah sebekas besar!!! jadilah untuk aku sekeluarga...
Anyway aku berterima kasih kepada orang yang memberi resepi ini pada ku... orang tu adalah member kamcing ku..."Kak Azah"...

Sebelum bulan puasa... aku pernah juga bawa kuih ni ke opis... ada gak member2 opis bertanya sama ada kuih ini untuk di jual ke? hehehe so far aku lum bersedialah nak jual kuih ni.... maybe next time and next..next... year...huhuhuhu itu pun kalu rajin... dan bergantung pada permintaan..

Thursday, August 19, 2010

Qaseh Audadi

Salam Buat semua....

Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak.... rasanya belum terlambat untuk wish u olds.... Diam tak diam sudah hari ke 14 kita semua menyambut Ramadhan... manakala aku pula dah 15 hari menyambut dan menerima Baby baru.... QASEH AUDADI.....

Inilah permata hatiku yang ke-3.... dilahirkan sehari sebelum umat islam menyambut Ramadhan... Aku teramat gembira kerana melahirkannya pada hari sebelum berpuasa... Kenapa??? Kerana tarikhnya...10hb.Ogos 2010.




Inilah Qaseh Audadi.....
pada hari pertama dilahirkan... di Hospital Selayang...



Qaseh Audadi..
Hari ke-2...


Kenangan di Hospital.........


Inilah katil tempat ku menginap di wad.... dan juga merangkap katil tempat ku bersalin... kerana aku hanya sempat bersalin di wad... x merasa pun masuk ke labor room...


Kenangan...... sampai putus tali emergency bell... ku tarik...

terdesak...

Di sini rupanya.. tali yang putus...
Segala kenangan dan pengalaman yang tak mungkin di lupakan...


Monday, August 16, 2010

Jalan-Jalan Tengok Wayang...

Salam....

Dah lama aku tak meluahkan akitiviti ku serta berkongsi cerita dengan blog kesayangan ku.....
Al-maklumlah... last time tengah sarat-sarat mengandung, tak larat and kurang mood untuk bercerita....

Anyway.... aku sempat juga merakamkan sedikit aktiviti bersama anak-anak tersayang... 2 week selebum jangkaan bersalin, aku mengambil kesempatan untuk membawa mereka menonton wayang.. ini adalah kali ke-2 aku and hubby bawa mereka menonton wayang..

Actually, hubby nak bawa dia orang ke ZOO NEGARA... tapi aku yang tak larat.... so aku cadangkan kita pergi tengok wayang cerita ZOO... so aku pun tak penat..hehehe
tapi ape yang penting... anak2 ku seronok dan gembira...


Qayyim and Qatrunnada.....