Showing posts with label Projek Bulanan Epal. Show all posts
Showing posts with label Projek Bulanan Epal. Show all posts

Thursday, November 19, 2009

Beg Patchwork Bunga Api

Salam..



Kali ni, aku nak memperkenalkan beg bunga api.. Ini adalah merupakan beg pertama yang aku buat dan siapkan bagi projek di epal.. aku berjaya siapkan beg ni dalam masa 5 kali datang aje... ye lah masa tu very very excited...tapi menyiapkan beg ni, memang sesuatu yang menarik dan memberikan aku pengalaman baru yang cukup berharga..
Semasa mempelajari beg bunga api, aku telah pun dapat mempelajari satu teknik patchwork yang senang dan tak pernah terfikir oleh ku sebelum ini... Untuk pengetahuan kawan-kawan, aku pernah menghasilkan simple patchwork sebelum aku berkahwin... tapi tau tak bila patchwork aku siap???? patchwork tu siap semasa aku mengandung... bukan mengandung anak pertama. tetapi mengandung anak yang kedua.. hahahaha lama tak tempoh masa yang aku ambil untuk siapkan?? Kenapa boleh jadi macam ni ye... sebab aku rasakan menyiapkan patchwork adalah sesuatu yang sukar.. kerana aku tidak tahu bagaimana teknik yang sebenarnya... tapi apabila aku mempelajari beg bunga api, barulah aku tau macam mana teknik dan step-step yang perlu aku buat... malah aku boleh siap dengan tempoh masa yang cepat lagi...





Inilah Beg Bunga api yang aku hasilkan...
aku cukup puas hati... dan berbangga dengan diri aku sendiri...


Close-up...
Inilah cantum-cantuman tiga segi... setiap bucu mestilah brtemuantara satu sama lain..




Beg ini di lengkapi dengan zip....




Inilah gambar pandangan bahagian dalam.. ada poket lagi...

Wednesday, November 4, 2009

Beg Bunga Cornus

Salam..........


Lagi cerita pasal beg.. Aku memang giler beg.... seme jenis beg yang boleh belajar kat epal seme aku sapu... hehehe ape boleh buat... Kali ni pasal Beg Bunga Cornus...
Semasa aku menyiapkan beg ni, aku memang very very very excited!!!!! ye la dapat belajar teknik baru.. aku pun mula lah merancang sesuatu... kali ni aku tidak menukar saiz beg tapi aku tukarkan warna material kainnya.. untuk bunga aku stay dengan warna kain yang diberikan.. tapi untuk keseluruhan badan dan tangkai beg aku lebih suka memilih kain yang lebih menunjukkan citarasa aku.. ape cita rasa aku??? MUDA la.. Jangan mare.. Biasanya aku kurang gemar untuk menggunakan warna yang telah di sediakan .. kenapa???? kerana, epal lebih cenderung memilik konsep ke arah dewasa atau lebih tepat sesuai untuk orang yang berumur sikit... tapi aku pula lebih gemar ke arah keceriaan..


Sepatutnya beg aku akan jadi seperti gambar di atas.. tapi aku dah tukar warnanya seperti gambar di bawah. Mana lebih cantik??? tepuk dada tanya selera...

Beg Bunga Cornus Ku...

Aku pakai hanya sesekali... mungkin ade kengkawan kat opis pernah melihatnya.. tapi tahu ke mereka beg ini aku jahit sendiri???

Tangkai beg ni di tocang seperti rambut kita masa kecik-kecik dulu... sekarang kita buat kat beg. Jangan amik rambut dan jadikan tangkai beg sudah la...


Close-up... gambar bunga...





Gambar bahagian dalam beg..
Kain alas dalam beg tu sepatutnya kain untuk badan beg di bahagian luar..
kalau tidak beg aku akan menjadi warna hijau...

Tuesday, November 3, 2009

Beg 'Morning Spring Flower'

Salam...

Beg ' Morning Spring Flower' merupakan salah satu daripada 24 projek yang ditawarkan dan di ajar di Pusat Karftangan Epal... Semasa menyiapkan beg ini, pelbagai teknik menghasilkan bung-an yang cantik-cantik dapat di pelajari selain daripada cara-cara membuat beg...

Beg ini, sepatutnya di buat bersama-sama dengan sepasang sandle... tapi aku tak buat pun sandle ni sebab kurang minat, Insya Allah aku akan buat juga tapi lambat sikit la... Bagaimanapun, seperti biasalah.. aku akan tukar sedikit design yang telah di tetapkan.. Jika anada seme tengok, beg ini sepatutnya rendah sahaja, tapi di sebabkan aku rasa, kegunaanya adalah sangat terhad..aku telah pun meninggikan saiz beg tersebut, semaksima mungkin mengikut kain yang di berikan... so aku terpaksalah menggantikan kain alas dalam beg kepada kain lain.. tapi hasilnya memuaskan kerana banyak barang boleh di buat dan sesuai untuk di bawa ke pejabat..
Aku cukup puas hati.. ape pendapat anda? setuju dengan saya ?


Gambar asal beg dan kasut 'Morning Spring Flower'


Inilah beg yang aku Hasilkan.. Lebih tinggi dari yang asal..


Gambar bahagian dalam beg




Bahagian belakang beg


Thursday, October 29, 2009

Bakul Serbaguna...

Salam...

Bakul serbaguna ini adalah merupakan Projek Bulan Januari di Pusat Kraftangan Epal.... sangat sesuai untuk dijadikan bekas hantaran , hamper, untuk letak buah-buahan serta lain-lain keperluan.... Bakul ini aku buat sikit tambahan dengan meletakan manik-manik besar dan manik corak daun untuk kelihatan lebih menarik...



Bakul Serbaguna dengan manik-manik Indah...

Bakul Serbaguna dengan tiga bahagian sekatan untuk pelbagai isian dan kegunaan..
Menarik???


Thursday, October 15, 2009

PROJEK BULANAN AKU - BEG BUNGA ROMBUS

Salam..
Ini adalah salah satu beg bulanan yang ditawarkan oleh Pusat Epal untuk di pelajari... Bentuk asal beg ini adalah sepeti dibawah... tapi aku selalu akan mengubah bentuk atau susuan warna yang di tetapkan oleh Epal... Kenapa? sebab aku kurang minat dengan susunan yang ditawarkan.. bagi aku ianya kurang menarik minat aku... so, aku akan tukar yang mane perlu sahaja..

Untuk Beg Rombus, aku telah memaksimakan penggunaan kain yang diberikan.. sebab tu beg aku jadi panjang @ tinggi daripada asal... sayang nak potong kain tu.. so kita abihkan aje kain yang ada.. Lagi pun aku suka beg yang besar, supaya banyak barang yang boleh di letakan di dalamnya..




Inilah corak dan bentuk Beg Rombus

Inilah Beg Rombus aku..

Bunga-bunga...an





Tuesday, October 6, 2009

PROJEK BULANAN AKU- 'BEG QUEEN OF NATURE'

Salam...

Kali ni aku nak tunjukkan apakah yang dah aku pelajari di Pusat Kraftangan EPAL...Banyak projek yang ditawarkan di sana... antaranya adalah beg ini...nama beg ni QUEEN OF NATURE..

Nak buat beg ni... memang perlukan kesabaran yang tinggi... cabaran yang pertama adalah semasa hendak memotong kain... jumlah kain yang di potong untuk di jadikan badan beg ini adalah seanyak 120 keping.. Cabaran yang kedua adalah, semasa hendak mencantumkan 120 kepingan kain ini... tapi itu kira okey lagi... seterusnya... cabaran yang ketiga...semasa menarik benang untuk menjadikan beg ini berkedut-kedut dibahagian atas dan bawah.... selepas sahaja siap tiga perkara ini... dah tentu tak sabar nak tengok beg ini siap.. sebab kerja utama untuk menyiapkan beg ini dah nampak hasilnya... cuma tinggal di tambahkan sikit-sikit kerja aje lagi...
Inilah pandangan dari bahagian hadapan beg Queen


Close-up... Hiasan 3 kuntum bunga... di bahagian hadapan







Inilah pandangan di bahagian dalam beg Queen...

Next time aku akan tunjukkan lagi pelbagai jenis kraftangan yang pernah aku pelajari dan aku buat...