Saturday, September 26, 2009

New PELMET CURTAIN Mak Lang

Salam...

Ini masanya kita semua tengok hasil jahitan langsir aku.... yang di tempah oleh Mak Lang...Cuba teka siapa kena DERA ngan aku untuk kerja panjat memanjat.... Tentulah LIYANA anak Mak Lang... Hehehe, bukan ape tujuan aku supaya next time dia tau camner nak pasang langsir tu..


cepat sikit pasang tu...kang jatuh lak dari tangga..

Dah siap... penat giler...


Syahmi pun nak naik tangga gak...




Inilah ruang tamu rumah Mak Lang yang dah siap di pasang langsir...



Ini pula Ruang Rehat Sekeluarga (Ruang menonton televisyen)




Ini di ruang makan..
Anyway pada sesiapa yang nak tempah langsir ini, namanya ialah PELMET. Harganya adalah RM15/kaki/feet

Raya Di Kampung Part 2... BBQ

Salam...

Raya di teruskan lagi dengan acara BBQ pada malam raya ke-5 di rumah Alang... Inilah suasana malam BBQ.. Yang menjadi tukang-tukang bakar mestilah seme hero-hero... kami yang heroin cuma tinggal makan aje... Time acih banyak-banyak pada seme yang menyediakan makanan hingga kite seme kenyang....kenyang...kenyang...


Bakar-jangan tak bakar...


Sementara nak menunggu makanan siap di bakar... aku makan kerang rebus untuk alas perut daripada terus menyanyi-nyanyi...


Hahaha... ikan dah siap di bakar... aku dah lapar... makan dulu ye...


Ragam masing-masing bila dah dapat makan... tak ingat dah nak buat menda lain... Habiskan makan dulu.. baru buat. hehehe


Tengok le opah sampai dah nak tertido duduk kat luar nak nunggu BBQ.. Atin pun dah x sabar nak makan , Liyana rajin layan anak sepupu, Syahirah lak jaga air oren jangan bagi abis tau...
Esok aku and family dah nak balik KL...

Thursday, September 24, 2009

Raya Di Kampung

Salam...
3 Syawal...
Aku sekeluarga balik ke kampung Hubby... coz ada kenduri pada 4 syawal... Kami selamat tiba lebih kurang kul 2.30 petang... Disebabkan kami je yang paling akhir sampai di Kampung.. so rumah Opah dah penuh.... untuk penginapan.. so, kita orang kenalah lepak kat umah Alang.... Macam sewa hotel la pulak...

Sesekali kenduri memang le seronok... penat... sibuk ... di tambah lagi dengan karenah anak-anak kenit... Dalam sibuk-sibuk sempat juga kami bergambar dan berposing sakan..



Effrins sekeluarga
(Effa, Qayyim, Qatrunnada & Rodzman-230909)

Inilah gambar lepas kenduri... muka masing-masing seme dah letih and dah berpeluh-peluh..



Seronoknya bergambar... bersama-sama...


Inilah sepupu Qayyim and Qatrunnada... Sofea and Syahmi... Auummm!!



Inilah pencuci setia sepanjang kenduri... Rozlina cuci the series...


Inilah gambar keseluruhan keluarga hubby.... sempat gak kita orang kerahkan seme orang berkumpul...tak kiralah tengah tido ke, basuh pinggan ke, layan tetamu ke, tengah makan ke, tengah main game ke... seme kena kuar untuk amik gambar... Hahaha





Sunday, September 20, 2009

Salam Aidil Fitri

Salam AidilFitri....

Akhirnya "Buah KURMA Mengundur Diri, LEMANG dan KETUPAT menonjolkan diri. RAMADHAN berlalu usah ditangisi, tibanya SYAWAL hari di nanti. SALAM AIDIL FITRI DARI EFFA SEKELUARGA...


Ragam di Aildilfitri... Dua hari sebelum raya Qatrunnada dah sibuk mengeTEST tudung... tengok le dia kemain lagi bila di minta posing... Macam-macam ragam...


Qatrunnada dan tudung raya...

Pagi hari raya... raya pada tahun ini, merupakan kali pertama Qayyim ikut Hubby ke Masjid untuk menunaikan sembahyang sunat hari raya...Awal pagi lagi aku dah ready untuk kejutkan dia... ape yang mencuit hati aku bila aku minta Qayyim untuk mandi awal??? Aku bagi tau kat Qayyim..."Qayyim bangun.. jom kita gi mandi.. hari ni Qayyim kena mandi SUNAT hari raya" Tiba-tiba aje dia menangis... sambil berkata..."Qayyim tak nak SUNAT nanti sakit" Hahaha tergelak aku... cian dia masih belum paham lagi rupanya..


Balik dari Sembahyang Raya... aku tengak sibuk menyiapkan makanan untuk di makan...Qayyim makan dengan banyak sekali..Lapar betul dia... Mana taknya lepas aje sembahyang raya, dalam perjalanan untuk ke motosikal daia dah sibuk tanya PAPA... "tak de makan-makan ke kat sini(masjid). tak best la"... Dia ingat kalau gi masjid tu macam gi kenduri... ada makan...

Lepas makan, kami sekeluarga bersiap-siap untuk ke menziarahi PUSARA adik aku dan bapa mertua ku...Satu lagi pengalaman baru buat Qayyim... dia ni orangnya penggeli sikit.. biasa le keadaan kat kubur yang lecak, memandangkan sekarang ni kan musim hujan.. Sehari sebelum raya hujan turun dengan lebat giler... Masa menziarah PUSARA adik aku.. Qayyim minta supaya dia tunggu di dalam kereta sahaja kerana tak tahan panas dan banyak rumput-rumput yang hendak di bersihkan.. dia geli dan takut nak tarik rumput... jangan Baby.. semenye dia nak tolong buat...

Sewaktu menziarahi PUSARA AYAH HUBBY.

Allahyarham Roslan Bin Mohamed Kecik


Sibuk Qayyim nak tabur bunga untuk Atuk..

Selesai menziarahi PUSARA... kami terus ke rumah Kakak aku di Puncak Alam..... Qayyim dan Baby memang seronok ke sana.. Ialah ade kawan.. sepupu dia... then boleh main sesama lagi... Macam - macam menda dia orang main... pertama semestinya PLAYSTATION 2... then main basikal, then main bola, then main badminton.. Qayyim tak pandai untuk menunggang basikal roda 2... so terpaksalah dia naik basikal roda 4... seme orang gelakkan dia... tapi dia tetap bahagia coz dapat naik basikal...

Qawiem dan Qayyim.
Ini adalah kembar Qayyim sejak Kecik... yang juga merupakan sepupu kepada Qayyim. Inilah Qawiem Sufian. Nama Glamournya APAM.. aku yang bagi nama tu, coz masa kecik-kecik apam ni debab dan putih gebu macam apam kukus... hehehe... Amboi mesranya.. siap berpengangngan tangan lagi... Sebab ape mereka di Kembar?? Sebab nama mereka hampir sama dan jarak kelahiran mereka juga hanyalah 4 hari sahaja.


Abang geram dengan adik... Qayyim dan Qatrunnada



Baby salam Abam Apam...


Ala hai... malu-malu pulak Baby nak pegang tangan Abam Apam..


Hubby melayan karenah anak kesayangan dia... Ronda-ronda naik basikal.. Penan PAPA... kurus sikit perut PAPA


Dah habis ronda ngan basikal, Baby lepak-lepak pulak kat bawah pokok jambu ngan Abam Qayyum... Baby still agi duduk kat dalam bakul tempat duduk yang buleh sangkut kat basikal... terpaksa le Abam Qayyum pegang.. nanti takut jatuh pulak.

Dah seharian penat bermain... dalam perjalanan balik ke umah... Baby dan Qayyim tido kat dalam kete..then terus hingga keesokannya. Baby tido siap ngigau-ngigau lagi... tu la penat main tak ingat dunia...
Dah abih raya sehari...








Monday, September 14, 2009

Mak Lang Curtain

Salam...

Finally, berjaya juga aku siapkan langsir mak lang. Alhamdulillah....

Langsir ni aku yang pilih jenis kainnya... Paternnya adalah PELMET. Nampak memang senang je nak buat dia tapi tuhan jelah yang tau, macam maner susahnya aku nak jahit and siapkan langsir ni...dengan keadaan langsir yang panjang lagi.. Rasa macam jahit 'Playwood nipis' .

Langsir jenis ini boleh di buat 2 cara... iaitu menggunakan 'FIBER' dan di Quilting atau pun menggunakkan 'Balkrum'. So aku memilih menggunakan Balkrum kerana ia lebih cepat siap dan murah sedikit daripada fiber.


Inilah hasilnya... PELMET CURTAIN....

Nantikan seterusnya, bila Mak Lang dah siap gantung....

Thursday, September 10, 2009

Tempahan Baju Raya Lagi...


Salam.....
Alhamdullilah!!! Siap lagi baju raya yang di tempah.... sebenarnya start minggu ni aku dah mula untuk mengagih-agihkan baju yang telah siap di jahit.. tapi tak seme baju yang aku amik gambar... coz tak sempat.. so yang korang tengok ni, adalah baju-baju yang sempat aku snap and upload...
Ini adalah baju yang di tempah oleh Kak Maria... Opis mate aku..
Jangan salah sangka, sulam aku tak buat coz baju ni, masa kak maria beli memang dah tersedia sulam.....
RM45.00 sepasang
(sulam memang dah sedia ada)

Monday, September 7, 2009

TEMPAHAN BAJU RAYA

Salam.


Akhirnya aku berjaya juga menyiapkan baju kebaya yang di tempah oleh Kak Tini (Jiran aku yang kini menetap di Sabah).... Aku sebenarnya memang dah selalu buat baju kebaya tetapi untuk kali ni banyak sangat halangannya...(sibuk dengan kerja, sibuk dengan kelas jahitan aku, keadaan kesihatan aku yang x berapa baik, asyik batuk dan selsema, di tambah pula dengan tekanan tempahan raya yang belambak-lambak....) dugaan sungguh...


Baju Kebaya Tradisional (with Lining)

RM100 (Upah + Lining)

Kebaya hitam ni leceh sikit, coz dia ada lining dan jenis kain yang macam net serta terlalu banyak sulam... membuat kan aku pening nak memikirkan corak yang sesuai untuk di potong...


Begitu juga dengan yang oren ni... kainnya mempunyai corak di kiri dan kanan kain...so, ruangan untuk di jadikan baju amat terhad dan tak dapat le aku nak buatkan tangannya yang jenis kembang payung...

Baju Kebaya Tradisional

RM55.00

Yang agak senang untuk di siapkan adalah baju kurung moden dan kain 'kipas belakang'.

Baju Kurung Moden

RM45.00

Inilah hasilnya... 2 Pasang baju kebaya tradisional dan 1 pasang baju kurung moden.

Thursday, September 3, 2009

Fareez Haqimi Present

Salam..

Ini adalah barang-barang yang di hadiahkan kepada anak Hafizan & Jaja...
"Selamat menimang cahaya mata dan jaga anak baik-baik, jangan sampai anak pulak yang jaga korang masa tidoQ malam....

"Tahniah kerana telah menjadi Ibu Bapa kepada FAREEZ HAQIMI"

Wednesday, September 2, 2009

Kursus Intensif

Salam..

Lama dah aku tak buat ape-ape projek baru.... sekarang seme projek kena hold dulu coz aku tengah sibuk menyiapkan tempahan baju dan langsir pelanggan untuk di pakai semperna Hari Raya yang bakal tiba...

Anyway, aku saje nak kongsi skit cite tentang projek dan kursus yang ada di Pusat epal. kat bawah ni adalah projek untuk Kursus Intensif. Kepada sesiapa yang memerlukan sijil bagi bidang jahitan bolehlah amik kursus ini... Siap je projek amik gambar di pusat epal dan sijil kursus akan di proses.


Inilah projek hasil tangan aku...