Saturday, September 26, 2009
New PELMET CURTAIN Mak Lang
Ini masanya kita semua tengok hasil jahitan langsir aku.... yang di tempah oleh Mak Lang...Cuba teka siapa kena DERA ngan aku untuk kerja panjat memanjat.... Tentulah LIYANA anak Mak Lang... Hehehe, bukan ape tujuan aku supaya next time dia tau camner nak pasang langsir tu..
Raya Di Kampung Part 2... BBQ
Raya di teruskan lagi dengan acara BBQ pada malam raya ke-5 di rumah Alang... Inilah suasana malam BBQ.. Yang menjadi tukang-tukang bakar mestilah seme hero-hero... kami yang heroin cuma tinggal makan aje... Time acih banyak-banyak pada seme yang menyediakan makanan hingga kite seme kenyang....kenyang...kenyang...


Thursday, September 24, 2009
Raya Di Kampung

Effrins sekeluarga
(Effa, Qayyim, Qatrunnada & Rodzman-230909)
Inilah gambar lepas kenduri... muka masing-masing seme dah letih and dah berpeluh-peluh..
Inilah pencuci setia sepanjang kenduri... Rozlina cuci the series...
Inilah gambar keseluruhan keluarga hubby.... sempat gak kita orang kerahkan seme orang berkumpul...tak kiralah tengah tido ke, basuh pinggan ke, layan tetamu ke, tengah makan ke, tengah main game ke... seme kena kuar untuk amik gambar... Hahaha
Sunday, September 20, 2009
Salam Aidil Fitri
Akhirnya "Buah KURMA Mengundur Diri, LEMANG dan KETUPAT menonjolkan diri. RAMADHAN berlalu usah ditangisi, tibanya SYAWAL hari di nanti. SALAM AIDIL FITRI DARI EFFA SEKELUARGA...
Ragam di Aildilfitri... Dua hari sebelum raya Qatrunnada dah sibuk mengeTEST tudung... tengok le dia kemain lagi bila di minta posing... Macam-macam ragam...

Qatrunnada dan tudung raya...
Pagi hari raya... raya pada tahun ini, merupakan kali pertama Qayyim ikut Hubby ke Masjid untuk menunaikan sembahyang sunat hari raya...Awal pagi lagi aku dah ready untuk kejutkan dia... ape yang mencuit hati aku bila aku minta Qayyim untuk mandi awal??? Aku bagi tau kat Qayyim..."Qayyim bangun.. jom kita gi mandi.. hari ni Qayyim kena mandi SUNAT hari raya" Tiba-tiba aje dia menangis... sambil berkata..."Qayyim tak nak SUNAT nanti sakit" Hahaha tergelak aku... cian dia masih belum paham lagi rupanya..
Balik dari Sembahyang Raya... aku tengak sibuk menyiapkan makanan untuk di makan...Qayyim makan dengan banyak sekali..Lapar betul dia... Mana taknya lepas aje sembahyang raya, dalam perjalanan untuk ke motosikal daia dah sibuk tanya PAPA... "tak de makan-makan ke kat sini(masjid). tak best la"... Dia ingat kalau gi masjid tu macam gi kenduri... ada makan...
Lepas makan, kami sekeluarga bersiap-siap untuk ke menziarahi PUSARA adik aku dan bapa mertua ku...Satu lagi pengalaman baru buat Qayyim... dia ni orangnya penggeli sikit.. biasa le keadaan kat kubur yang lecak, memandangkan sekarang ni kan musim hujan.. Sehari sebelum raya hujan turun dengan lebat giler... Masa menziarah PUSARA adik aku.. Qayyim minta supaya dia tunggu di dalam kereta sahaja kerana tak tahan panas dan banyak rumput-rumput yang hendak di bersihkan.. dia geli dan takut nak tarik rumput... jangan Baby.. semenye dia nak tolong buat...

Sewaktu menziarahi PUSARA AYAH HUBBY.
Allahyarham Roslan Bin Mohamed Kecik
Selesai menziarahi PUSARA... kami terus ke rumah Kakak aku di Puncak Alam..... Qayyim dan Baby memang seronok ke sana.. Ialah ade kawan.. sepupu dia... then boleh main sesama lagi... Macam - macam menda dia orang main... pertama semestinya PLAYSTATION 2... then main basikal, then main bola, then main badminton.. Qayyim tak pandai untuk menunggang basikal roda 2... so terpaksalah dia naik basikal roda 4... seme orang gelakkan dia... tapi dia tetap bahagia coz dapat naik basikal...

Abang geram dengan adik... Qayyim dan Qatrunnada




Dah habis ronda ngan basikal, Baby lepak-lepak pulak kat bawah pokok jambu ngan Abam Qayyum... Baby still agi duduk kat dalam bakul tempat duduk yang buleh sangkut kat basikal... terpaksa le Abam Qayyum pegang.. nanti takut jatuh pulak.
Dah seharian penat bermain... dalam perjalanan balik ke umah... Baby dan Qayyim tido kat dalam kete..then terus hingga keesokannya. Baby tido siap ngigau-ngigau lagi... tu la penat main tak ingat dunia...
Monday, September 14, 2009
Mak Lang Curtain

Inilah hasilnya... PELMET CURTAIN....
Nantikan seterusnya, bila Mak Lang dah siap gantung....
Thursday, September 10, 2009
Tempahan Baju Raya Lagi...

Monday, September 7, 2009
TEMPAHAN BAJU RAYA
Akhirnya aku berjaya juga menyiapkan baju kebaya yang di tempah oleh Kak Tini (Jiran aku yang kini menetap di Sabah).... Aku sebenarnya memang dah selalu buat baju kebaya tetapi untuk kali ni banyak sangat halangannya...(sibuk dengan kerja, sibuk dengan kelas jahitan aku, keadaan kesihatan aku yang x berapa baik, asyik batuk dan selsema, di tambah pula dengan tekanan tempahan raya yang belambak-lambak....) dugaan sungguh...

Baju Kebaya Tradisional (with Lining)
RM100 (Upah + Lining)
Kebaya hitam ni leceh sikit, coz dia ada lining dan jenis kain yang macam net serta terlalu banyak sulam... membuat kan aku pening nak memikirkan corak yang sesuai untuk di potong...
Begitu juga dengan yang oren ni... kainnya mempunyai corak di kiri dan kanan kain...so, ruangan untuk di jadikan baju amat terhad dan tak dapat le aku nak buatkan tangannya yang jenis kembang payung...

RM55.00

Baju Kurung Moden
RM45.00
Inilah hasilnya... 2 Pasang baju kebaya tradisional dan 1 pasang baju kurung moden.
Thursday, September 3, 2009
Fareez Haqimi Present
Wednesday, September 2, 2009
Kursus Intensif
Lama dah aku tak buat ape-ape projek baru.... sekarang seme projek kena hold dulu coz aku tengah sibuk menyiapkan tempahan baju dan langsir pelanggan untuk di pakai semperna Hari Raya yang bakal tiba...
Anyway, aku saje nak kongsi skit cite tentang projek dan kursus yang ada di Pusat epal. kat bawah ni adalah projek untuk Kursus Intensif. Kepada sesiapa yang memerlukan sijil bagi bidang jahitan bolehlah amik kursus ini... Siap je projek amik gambar di pusat epal dan sijil kursus akan di proses.