Sunday, September 20, 2009

Salam Aidil Fitri

Salam AidilFitri....

Akhirnya "Buah KURMA Mengundur Diri, LEMANG dan KETUPAT menonjolkan diri. RAMADHAN berlalu usah ditangisi, tibanya SYAWAL hari di nanti. SALAM AIDIL FITRI DARI EFFA SEKELUARGA...


Ragam di Aildilfitri... Dua hari sebelum raya Qatrunnada dah sibuk mengeTEST tudung... tengok le dia kemain lagi bila di minta posing... Macam-macam ragam...


Qatrunnada dan tudung raya...

Pagi hari raya... raya pada tahun ini, merupakan kali pertama Qayyim ikut Hubby ke Masjid untuk menunaikan sembahyang sunat hari raya...Awal pagi lagi aku dah ready untuk kejutkan dia... ape yang mencuit hati aku bila aku minta Qayyim untuk mandi awal??? Aku bagi tau kat Qayyim..."Qayyim bangun.. jom kita gi mandi.. hari ni Qayyim kena mandi SUNAT hari raya" Tiba-tiba aje dia menangis... sambil berkata..."Qayyim tak nak SUNAT nanti sakit" Hahaha tergelak aku... cian dia masih belum paham lagi rupanya..


Balik dari Sembahyang Raya... aku tengak sibuk menyiapkan makanan untuk di makan...Qayyim makan dengan banyak sekali..Lapar betul dia... Mana taknya lepas aje sembahyang raya, dalam perjalanan untuk ke motosikal daia dah sibuk tanya PAPA... "tak de makan-makan ke kat sini(masjid). tak best la"... Dia ingat kalau gi masjid tu macam gi kenduri... ada makan...

Lepas makan, kami sekeluarga bersiap-siap untuk ke menziarahi PUSARA adik aku dan bapa mertua ku...Satu lagi pengalaman baru buat Qayyim... dia ni orangnya penggeli sikit.. biasa le keadaan kat kubur yang lecak, memandangkan sekarang ni kan musim hujan.. Sehari sebelum raya hujan turun dengan lebat giler... Masa menziarah PUSARA adik aku.. Qayyim minta supaya dia tunggu di dalam kereta sahaja kerana tak tahan panas dan banyak rumput-rumput yang hendak di bersihkan.. dia geli dan takut nak tarik rumput... jangan Baby.. semenye dia nak tolong buat...

Sewaktu menziarahi PUSARA AYAH HUBBY.

Allahyarham Roslan Bin Mohamed Kecik


Sibuk Qayyim nak tabur bunga untuk Atuk..

Selesai menziarahi PUSARA... kami terus ke rumah Kakak aku di Puncak Alam..... Qayyim dan Baby memang seronok ke sana.. Ialah ade kawan.. sepupu dia... then boleh main sesama lagi... Macam - macam menda dia orang main... pertama semestinya PLAYSTATION 2... then main basikal, then main bola, then main badminton.. Qayyim tak pandai untuk menunggang basikal roda 2... so terpaksalah dia naik basikal roda 4... seme orang gelakkan dia... tapi dia tetap bahagia coz dapat naik basikal...

Qawiem dan Qayyim.
Ini adalah kembar Qayyim sejak Kecik... yang juga merupakan sepupu kepada Qayyim. Inilah Qawiem Sufian. Nama Glamournya APAM.. aku yang bagi nama tu, coz masa kecik-kecik apam ni debab dan putih gebu macam apam kukus... hehehe... Amboi mesranya.. siap berpengangngan tangan lagi... Sebab ape mereka di Kembar?? Sebab nama mereka hampir sama dan jarak kelahiran mereka juga hanyalah 4 hari sahaja.


Abang geram dengan adik... Qayyim dan Qatrunnada



Baby salam Abam Apam...


Ala hai... malu-malu pulak Baby nak pegang tangan Abam Apam..


Hubby melayan karenah anak kesayangan dia... Ronda-ronda naik basikal.. Penan PAPA... kurus sikit perut PAPA


Dah habis ronda ngan basikal, Baby lepak-lepak pulak kat bawah pokok jambu ngan Abam Qayyum... Baby still agi duduk kat dalam bakul tempat duduk yang buleh sangkut kat basikal... terpaksa le Abam Qayyum pegang.. nanti takut jatuh pulak.

Dah seharian penat bermain... dalam perjalanan balik ke umah... Baby dan Qayyim tido kat dalam kete..then terus hingga keesokannya. Baby tido siap ngigau-ngigau lagi... tu la penat main tak ingat dunia...
Dah abih raya sehari...








No comments: