Friday, July 3, 2009

Beg For Khairah


Aku dah siapkan sulam muka khairah... kain pun dah ready... cuma sikit touch -up saja lagi.. siap la... Cian Yus.. dah lama order... sowey la.. bulan lepas sibuk skt dengan skt... next week.. monday i bagi... key.

Durian Runtuh...!!!!



dURIAN rUNTUH!!! Alhamdulillah... aku ke epal pada hari Isnin lepas untuk membayar duit mesin MC1100... tanpa ku sangka, aku dapat cek dari epal.. hasil jualan mesin bulan lepas.. aku pun tak sangka sebanyak itu.. Inilah cek paling banyak akau dapat dari epal... Terima Kasih epal...

Tenpin Bowling- Sukan Kerajaan tempatan


Minggu lepas aku menyertai Sukan SKT bersama-sama rakan seperjuangan aku.... Kak Rosmah n Kak Zila..
Kami bermain 10 game bermula dari kul 10:00 pagi hingga lah kul 4:00 petang.. baru selesai.. Kami cuma dapat tempat ke 5 dari 11 pasukan yang bertanding... Alhamdulillah.. walaupun kalah tapi prestasi kami meningkat... sekurang-kurangnya aku dah berjaya buat 207 jatuhan pin semasa tournament.. 4 tahun lalu kami dapat 150 jatuhan pin, untuk satu game pun dah boleh menang.

Tuesday, June 23, 2009

Sulam Baju Untuk Team Bowling dan Badminton


Lepas siap sulam baju untuk team netball, aku sibuk pulak untuk siapkan baju untuk team bowling aku.......
Warna baju dan reka letak semenye aku putuskan sendiri... Asalkan nampak cantik...
dan yang paling penting team aku mestilah lebih gempak....




Ini baju untuk team bowling lelaki... Logo bowling warna warni lagi...







Last projek aku sebelum ke SKT.... Baju untuk team badminton.. Last minit, Kamarulzaman tanya.... memandangkan hanya sulam tulisan sahaja... aku pun orait je...

Sunday, June 21, 2009

Sulam T-shirt & Towel




Hari ini, seharian aku sibuk untuk menyiapkan tempahan sulam team Bola Jaring, semperna sukan SKT yang akan berlangsung pada hari rabu ini...








Tengok la tu... anak teruna aku (Qayyim) pun sibuk nak tau apa yang mama dia sedang buat.. Sebenarnya dia tengah tunggu huruf yang apa yang mesin tu akan sulam....
















Alhamdullilah seme tempahan untuk Netball Team akhirnya siap pada jam 2.00 pagi...
Aku pun kenalah kemas-kemas dan ready untuk tido.. esok nak keje dan latihan di Klang Parade...

Tote Bag For Fonny Choong


Habis aje daripada bermain bowling.... aku balik ke rumah untuk menghantar Qayyim dan mengambil Beg yang di tempah oleh Fonny... untuk di hantar ke Pusat Epal Kotaraya.

Beg ini, aku belajar sewaktu epal kotaraya mengadakan Sambutan Hari Ibu..pada 16hb. mei yang lalu... seminggu selapas belajar beg ini, aku bawa semula ke epal untuk ditunjukkan kepada tenaga pengajar di situ...

Tiba-tiba sahaja, fonny(pengurus epal kotaraya)... telah minta aku untuk menjualkan beg aku kepadanya.... Bagaimanapun, telah menjadi prinsip aku... barang yang mula-mula aku hasilkan, tidak sekali akan ku jual..

Maka dengan itu... aku pun menjahit satu lagi beg untuk fonny.... Ini juga merupakan kali kedua fonny membeli beg yang aku hasil kan... Ada juga orang yang minat dengan hasil kerja tangan aku...

Bowling Puspanita...


Sabtu , 20 mei 2009..... merupakan hari yang seronok buat aku... Pagi lagi aku dah bersiap-siap ke Selayang Mall untuk menyertai pemilihan ... Pertandingan Bowling Pusanita Daerah Gombak.
Aku telah berjaya untuk menduduki tempat kedua, iaitu dengan jatuhan pin sebanyak 627.... kurang 13 pin sahaja dengan pemenang tempat pertama..... Kak. Rosmah (Rakan seperjuangan aku untuk Sukan Kerajaan Tempatan yang bakal di adakan pada 25hb. Jun 2009 ini).
Macam-macam hal yang terjadi sepanjang pertandingan ini di jalankan... Aku masih belum selesa untuk menggunakan kasut bowling baru pemberian suamiku... kasut lama aku pula, masih lagi di kedai untuk di jahit... so, tepaksa la aku menggunakan House shoes.. Sepanjang hampir 7 tahun aku berkecimpung dengan sukan bowling... x pernah lagi aku tengak tempat bowling ada masalah dengan lampu... kami seme bermain dalam keadaan gelap gulita.. cuma lampu pada in dan dua tiga down light sahaja yang menyala...
Bagaimanapun berbaloi... apabila aku menang tempat ke-2...

Tuesday, June 16, 2009

SPEACIAL FOR MY MA.....


KUSYEN BUAT MA..
Aku buat khas buat ma... kerja-kerja untuk menyiapkan ini di buat pada Hari Ibu waktu malam. aku mula membuat kusyen ini selepas makan malam... Sekarang kusyen ini telah pun di letakkan di dalam kereta Ma...
SELAMAT HARI IBU!!!!!!

Friday, May 15, 2009

Happy Mother's Day


SWEET BAG FOR MUM!
Ini adalah bag yang di tempah oleh mimi! khas untuk Ibunya.
Aku dapat tempahan beg ini, 2 hari sebelum 'Hari Ibu'... iaitu pada hari Jumaat Petang. So, pada hari Sabtu malam aku mula untuk memilih kain yang bersesuaian.... mimi janji akan ambil beg ini pada hari Ahad tengah hari....
Nak di jadikan cerita dua malam berturut-turut (malam jumaat dan malam sabtu), di kawasan rumah aku bekalan elektriknya terputus..... Oleh yang demikian aku hanya dapat untuk memulakan urusan menyiapkan beg ini pada hari ahad pagi jam 08.00... Alhamdulillah aku dapat menyiapkannya tepat jam 10.30 pagi.