Friday, July 31, 2009

Qatrunnada Dischage

Salam...

Alhamdulillah.... Baby dah boleh kuar spital....




Tengok la banyak stiker kat tangan Baby... Inilah aktiviti Baby selepas Operate and sementara menunggu tiba waktu boleh balik umah.. Baby lekat abihh stiker yang ada sampai katil pun kena lekat.. Teruk la mama kena buka balik....

Baby dah boleh makan Ais-krim.... Emmm bagus untuk tekak baby... supaya cepat baik dari luka..


Lambatnya boleh balik... Dah penat Baby tunggu.. dah tak sabar nak bawa ballon keluar..


Baju Baby penuh ngan stiker Barney...
Anyway... Baby want to say thank you to all the visiter yang datang melawat baby kat spital... Especially Opah, Nenek, Mak Ngah, Pak Ngah, Auntie Azah and All Mama Papa Friend's... Thank You for your support...

Pinchusion Project At Hospital

Salam...

Sepanjang di hospital, aku sangat bosan kerana tidak ada menda yang boleh aku lakukan untuk mengisi waktu lapang... especially swaktu Baby tido.. so bila masuk hari kedua adu dah mintak Abang bawakan barang-barang jahitan aku... Sebenarnya aku dah siapkemaskan di dalam 1 beg khas... cma tinggal bawakan saja..

Maka dengan itu, inilah yang terhasil... Pinchusion..

Ini adalah "Strawbery Cake pinchusion" Aku buat semasa menunggu waktu untuk Dischage... Aku dah siap-siap potong kainnya pada sebelah malam... aku tido dalam kul 4 pagi... untuk saipkan potong kain dan jahit base untuk cake ini...
Bila dah siap Baby plak dah mintak kat aku untuk Strawbery Cake" ni jadi miliknya..


Ini pula adalah pinchusion yang leboh besar.. Aku buat Semasa hari ke-3 di hospital...


Ini adalah "marfin pinchusion". Aku siapkan semasa hari ke-2 di hospital... tapi yang warna biru kuning tu dah diberikan kepada Kak Azah... Pada mulanya, aku nak tunjukkan padanya sahaja tapi dia menggelengkan kepalanya tanda tak nak... Rupa-rupanya dia ingatkan aku nak bagi dia makanan. Aku suruh dia pengang, then dia gelak besar.. pasal dak kena tipu... dia ingatkan cup cake, rupa-rupanya pinchusion...

Monday, July 27, 2009

Sebelum Dan Selepas Pembedahan Qatrunnada

Salam... Semua....
Di bawah ni adalah detik-detik sebelum dan selepas pembedahan Baby Qatrunnada...



Dua hari sebelum pembedahan.... Papa layan Baby buat Nebulizer......




Sehari sebelum Pembedahan Tonsil.... Bawa Baby jalan-jalan di The Curve...


Jam 7.45 pagi... aku dah ready tukar baju Baby... Ini adalah baju operation... Cantik dan cute... Sekali pandang macam baju tidor... Sengaja aku tak kejut dia bangun mandi... takut dia sejuk dan nanti dia lapar....


Baby tengah tunggu dipanggil untk masuk ke bilik pembedahan... Masih dalam keadaan mamai... baru bangun dari tidor.... Baby pun tak sure mama nak bawa dia ke mana???? Baby adalah pesakit pertama yang akan di bedah... Memang aku mintak biar baby masuk dulu... bukan apa, dia budak kecil mana boleh puasa lama-lama... takut nanti dia minta makan ke minum ke susu ke... kan susuh....

Operation hari ini akan di buat oleh DR.AWAL.. Sewaktu berjumpa dengan DR.BIUS... aku dah maklumkan bahawa Baby Fobia kalau nak di beri Bius menggunakan gas.. and kalau boleh gunalah altenatif lain..... sebab dia tak suka buat Nebulizer....

Sewaktu dalam bilik pembedahan aku pun fobia gak... sebab tak pernah masuk bilik tu.... ini adalah kali pertama... Aku kena pakai pakaian macam nurse kat dalam gak siap ngan "shower cap". Baby tak kasi aku guna "Shower cap" tu... dia takut!!!... Sewaktu kat dalam bilik pembedahan Dato' DR.Wan... yang melayan Baby sebelum dia pengsan... Dia bagi Baby Ballon and Maker Pen untuk draw kat ballon.....

Lepas Baby dah pengsan... aku diminta untuk keluar kerana pembedahan akan dimulakan... aku keluar dan tawakal semuga semuanya selamat dan berjalan lancar... waktu itu pukul 9.00 pagi...


Keluar dari operation room, baby terus tidor balik.... ubat bius ada lagi..... baju pun tak sempat tukar lagi....

Satu lagi pengalaman yang tak boleh di lupakan sewaktu aku diminta masuk untuk memujuk Baby yang menangis selepas dia keluar dari bilik pembedahan... Sebelum masuk dalam bilik pembedahan aku dah dengar suara Baby menangis dari luar... Bila masuk je aku tengok Baby terbaring di atas katil dan menangis kuat.... mungkin dia terkejut... dan sedikit fobia..

Mula-mula sekali aku perhatikan keadaan fizikal dia... Mulut dan hidungnya ada kesan darah... suara dia sedikit serak... paling aku tak akan lupa adalah bau nya... Bau darah... boleh pengsan kalau tak tahan.. tapi aku kena kuat kalau tak cam ner nak pujuk dia....
Baby tak berhenti nangis... tapi keadaan dia ada sikit lega bila dia dapat peluk dan duduk dalam dakapan aku... aku dukung dan bawa dia keluar dari kawasan bilik pembedahan.. Sementara menunggu lif terbuka aku bagi Papa dukung Baby sampai kat dalam bilik...




Close Up Baby baru balik dari Operation Room.... Sekali pandang macam biasa je... tapi dia punye luka kat dalam... tak tau macam mane??



Dah Bangun dari Pengsan....

Thank You... Abang Shakir... Baby pegang belon yang abang shakir bagi semalam.... abang Shakir adalah room mate baby sewaktu baby duduk kat bilik "Double"......



Ini adalah sewaktu Qatrunnada telah sedarkan diri dan bermain Puzzle yang mama beli kat Daiso, The Curve semalam..... Baby tak nak makan dan minum lagi.... tapi nasib baik dia nak duduk diam gak.....


Jam 5.20 petang... Baby tidor lagi..... tapi dah tak ada bunyi.... dan dah tukar baju.. Harap semuanya akan berjalan lancar dan Baby akan sembuh dengan cepat.....




Ini hadiah Teady Bear yang Auntie Azah bagi... Sejak selepas Operate.. Qatrunnada belum lagi nak makan atau pun minum... tapi... bila dah buka hadiah ni... dan tengok kat dalam tin ni ada biskut... terus naik selera dia.. So dia pun makan la biskut Famaus Amos.... Thank You Auntie Azah....

Thursday, July 23, 2009

Baby Qatrunnada Di Hospital Damansara

Salam...... semua... this week aku seminggu bercuti di hospital.. untuk jaga Qatrunnada..

Ini adalah hari pertama (19 Julai 2009) dan kali pertama Qatrunnada di tahan di hospital... Cian dia... menangis bagai nak rak tak nak dok spital...sampai bengkak-bengkak mata. Masa mula-mula sampai ok la, ingat jalan-jalan bila dah tiba waktu malam.. dah ajak balik.. dekat kul 2.00 pagi baru boleh tidor..



Ini aktiviti sebelah malam... dah tak tau nak bodek cam ner, terpaksalah aku bagi dia main gunting kertas... untuk mengelakkan keboringan yang teramat sangat ....

Ini adalah semasa Qatrunnada tengah tidur.... Cian dia tak selesa nak bernafas.. nafas pun banyaknya guna mulut.... pasal tu la ternganga je mulut dia.

Ini masa mood baik nak buat 'gas' ( nebulizer ).....

Ini masa tengah tidur buat 'gas' (nebulizer)

Hari ke-3 di hospital... Qatrunnada main Lego...


Hari ke-4... mama beli untuk baby 'kitty puzzle' ....




Opah & Mak Ngah bagi Baby adiah Gajah..... Thank You... I Like...



Hadiah dari Opah & Atuk... Thank You..

Hari ke -5 Baby Qatrunnada di Hospital.... Uncle Fizan & Auntie Jaja bagi Baby Minnie Mouse.... I Like... Thank You....

Sepatutnya, hari ini Baby dah kena buat operation... tapi last minit kena pospond dulu... coz selsema and batuk tak baik lagi... So, kena tunggu sampai selsema tak ade baru boleh buat operation....
Mintak-mintak biarlah cepat boleh buat operation... cepat buat, cepat sihat... amin...

Saturday, July 18, 2009

Bowling Puspanita Selangor

Salam.

Hari ni, aku menyertai pertandingan Bowling Puspanita Selangor di The Summit USJ, Subang Jaya... Aku mewakili Daedah Gombak...


Tahniah di ucapkan kepada kekawan Puspanita Daerah Gombak..... Gombak menang tempat pertama untuk katogeri VIP dan aku yang mewakili katogeri Ahli yang berjaya menduduki tempat ke Empat.... ni lah hadiah yang aku dapat... Aku sangat berpuas hati...


Inilah hadiah mama menang bowling.. Cantik....

Special Chocolate For Kak Azah...

Salam...

Sebenarnya dah lama aku tercari-cari apa hadiah yang sesuai untuk aku berikan untuk kak azah... Then, finally aku berjaya juga..



Inilah coklat istimewa, bahan-bahannya terdiri daripada... kain felt dan fiber... "Happy Very Belated Birthday"...

Sulam... Tuala dan bag make up

Salam...
Ini adalah projek aku pada minggu lalu...



Hasil kerja aku seharian...... Sulam tuala untuk anak-anak aku....(Qatrunnada & Qayyim) , pelbagai sulam bag make-up dan pencil box dan juga sulam tuala khas... untuk anak Eja.. "Putera Naufal..." tapi aku masih lagi belum berkesempatan untuk melawat Eja semenjak dia bersalin putera barunya... InsayaAllah dalam masa terdekat...



Baby ada "siput"

"Thank You Mama, Jahitkan Qayyim Baby Dinasorous" itulah kata Qayyim pada aku bila aku tunjukkan tuala ini untuk dia...



Ini bag make up kanak-kanak... di tempah oleh mimi untuk jiran di kampungnya....

Sunday, July 12, 2009

Birthday Party.... Qatrunnada



Salam....





"Happy Birthday 2 You... Happy Birthday 2 You.... Happy Birthday 2 Qatrunnada.... Happy Birthday 2 You..."













Huuuuu... Huuuuu Tiup lilin....




















Ini kek untuk mama..... Baby suapkan..

Sedap tak?...















Baby suap papa pulak... "ammm". Sedap tak?











Ini adalah sambutan ulang tahun baby Qatrunnada Nadhirah yang ke-3 dan di buat Taska...

Sunday, July 5, 2009

Ronda-ronda...

Salam... seme..
Qatrunnada Nadhirah... 3 Tahun










Semalam, kami sekeluarga jalan-jalan gi" The Garden n Midvalley"... semperna hari jadi Qatrunnada... yang ke 3 tahun...
Seronok tengok dia dapat lepas jalan-jalan dengan Qayyim... tapi kesian ...balik dari jalan-jalan.. esoknya deman panas dia (40 darjah celcius)...nasib baik ada klinik 24 jam...

Tote bag.. lagi..



Beg di tempah oleh kak ema.. untuk puteri-puterinya.. najwa dan nazierah
RM55.00 (saiz : 14.5" x 18")

Beg Khairah..













Di tempah oleh Yusri untuk anak daranya Nur khairah....
Siap sulam foto dan tempat letak botol susu di hadapan... ditambah dengan zip dan round "rambu" untuk pemegang zip..
RM100.00 (termasuk tempahan gambar)
saiz :15" x 18"

Friday, July 3, 2009

My hand made.....

Salam...


Jualan di Majlis Perbandaran Ampang Jaya semperna Mesyuarat Agong Puspanita Daerah Gombak....









Lagi beg tote untuk di jual...












Beg make-up kanak-kanak / pencil box
RM18.00 untuk yang sedia ada / ready made
rm25.00 untuk tempahan Khas ( Tambahan nama dan pilihan gambar)









Antara koleksi beg tote yang aku siapkan untuk di jual...
Rm35.00







Tisu Poket untuk di jadikan sebagai cenderamata








Beg make up untuk Khairah.... anak Yusri...
RM25.00










Beg botol susu untuk anak dara aku... Qatrunnada Nadhirah..




Tuala ditempah oleh zura semperna Hari Pertunangannya...








Ini adalah beg dan tuala untuk cucu kak bed semperna hari lahirnya...






Ini beg untuk anak Rini dan Tuala untuk cik abang Rini...







Ini adalah koleksi pencil box yang aku buat...






Ini beg yang di tempah oleh mimi...



Ini adalah antara hasil kerja yang pernah aku buat sebelum aku ada blog ini....