
Thursday, September 10, 2009
Tempahan Baju Raya Lagi...

Monday, September 7, 2009
TEMPAHAN BAJU RAYA
Akhirnya aku berjaya juga menyiapkan baju kebaya yang di tempah oleh Kak Tini (Jiran aku yang kini menetap di Sabah).... Aku sebenarnya memang dah selalu buat baju kebaya tetapi untuk kali ni banyak sangat halangannya...(sibuk dengan kerja, sibuk dengan kelas jahitan aku, keadaan kesihatan aku yang x berapa baik, asyik batuk dan selsema, di tambah pula dengan tekanan tempahan raya yang belambak-lambak....) dugaan sungguh...
Baju Kebaya Tradisional (with Lining) RM100 (Upah + Lining)
Kebaya hitam ni leceh sikit, coz dia ada lining dan jenis kain yang macam net serta terlalu banyak sulam... membuat kan aku pening nak memikirkan corak yang sesuai untuk di potong...
Begitu juga dengan yang oren ni... kainnya mempunyai corak di kiri dan kanan kain...so, ruangan untuk di jadikan baju amat terhad dan tak dapat le aku nak buatkan tangannya yang jenis kembang payung...
Baju Kebaya Tradisional RM55.00
Baju Kurung Moden
RM45.00
Inilah hasilnya... 2 Pasang baju kebaya tradisional dan 1 pasang baju kurung moden.
Thursday, September 3, 2009
Fareez Haqimi Present
Wednesday, September 2, 2009
Kursus Intensif
Lama dah aku tak buat ape-ape projek baru.... sekarang seme projek kena hold dulu coz aku tengah sibuk menyiapkan tempahan baju dan langsir pelanggan untuk di pakai semperna Hari Raya yang bakal tiba...
Anyway, aku saje nak kongsi skit cite tentang projek dan kursus yang ada di Pusat epal. kat bawah ni adalah projek untuk Kursus Intensif. Kepada sesiapa yang memerlukan sijil bagi bidang jahitan bolehlah amik kursus ini... Siap je projek amik gambar di pusat epal dan sijil kursus akan di proses.
Wednesday, August 26, 2009
Pinchusion and Ramadhan
Dah 6 hari umat islam berpuasa... Harap kita seme akan dapat berpuasa dengan ikhlas dan sempurna...

Ini adalah antara koleksi pinchusion aku..
"Epal & Slice Cake"
Inilah aktiviti Ramadhan.... Qatrunnada belajar Mengaji....
Qayyim and Qatrunnada sama-sama nak ngaji gak....
Tengok le anak dara nie..... muat mulut dia hisap puting sekali 3.....Wednesday, August 19, 2009
My First Projek With "Hello Kitty Sewing Machine"
Ini adalah projek pertama aku bersama dengan"Hello Kitty Sewing Machine". Ape macam? Cantik tak?.. Ini adalah Tea Cosy. Aku buat khas untuk Kak Rosmah and her Auntie Badariah, tanda terima kasih aku pada mereka kerana telah banyak menolong aku sehinggalah aku berjaya dapatkan mesin Hello Kitty.
Hadiahnya tak le seberape.... Tapi aku Ikhlas and i very excited nak siapkan projek ni coz Auntie Badariah malam ni dah nak Fly balik Ke Amerika... Thank You Very Much!!!

Lepas aku bagi Kak Ros Pagi tadi, aku tergesa-gesa nak gerak cepat coz aku kena attend Kursus.
Anyway masa kat kursus aku ada SMS dia tanya sama ada dia tau tak nak guna macam mane barang yang aku bagi.... Tau tak apa jawabnya??? Dia kata tak tau gunanya tapi tahu itu adalah bag. Cian, Kak Ros..mesti dia belum buka tengok lagi.... Then aku bagi tau dia, menda yang aku bagi tu adalah TEA COSY... and aku suruh dia tengok kat dalam blog aku, apakah kegunaannya...
Barulah dia tau.... Then, dia kata cantik macam labu....

Tuesday, August 18, 2009
Hello Kitty Sewing Machine Now is MINE
Hari yang aku nanti-nantikan telah pun tiba... Semalam pagi aku masa aku tengah siap-siap nak ke opis Kak Rosmah dah bagi SMS kat aku "Semalam barang dah ada dalam kereta".... Aku tersenyum sendiri tanpa membalas SMS coz sibuk nak siapkan anak-anak...
Lebih kurang jam 12.30 aku call Kak Rosmah, nak tanya sama ada dia ada di opis atau tidak.... then, dia kata tunggu di Lobby... Seronoknya aku bukan main lagi... asyik tersenyum melebar sepanjang jalan, sepanjang hari....

Inilah barang yang aku terima daripada Kak Rosmah.... Punye la tak sabar..... aku bawa ke kereta then terus buka... dapat tengok kotak mesin pun jadi la.. Hehehe...
Inilah gambar kotak yang tak sabar aku nak tengok... Siap bawa naik ke opis lagi....
Akhirnya, dapat juga aku pegang sendiri mesin 'Hello Kitty' idaman aku... Macam tak percaya aku dah berjaya dapatkannya... Ini merupakan koleksi mesin aku yang ke-10(Pelbagai saiz)Alhamdulillah.
Cantik tak???? Pada aku mesin ni sangat unik coz kat Malaysia tak jual.... walaupun aku beli dari Amerika tapi buatannya dari Thailand. jauh betul perjalanan mesin ni...
Walaupun aku dalam keadaan exciated.. mesin ni masih belum boleh di gunakan juga.. Tau kenapa?? Coz Volt nya tak sama dengan penggunaan di Malaysia. Biasanya kalau di Malaysia kita guna 220v - 250v. Setelah ditanya dengan kawan-kawan yang mahir dalam elektrikal, akahirnya aku di suggestkan untuk membeli satu lagi alat yang di panggil TRANSFOMER.Aku ingatkan anak aku je yang suka kan Transfomer... Aku pun kena guna Transfomer gak...
Inilah TRANSFOMER.Satu alat yang berfungsi untuk menukarkan voltan daripada 240v kepada 120v. Alat ini akan menapis aliran elektrik yang akan sampai pada mesin supaya tidak terlalu kuat dan mengakibatkan mesin meletop!! dan sesuai dengan penggunaan mesin ataupun barangan elektrik lain daripada luar negara.
Nantikan projek pertama aku bersama "Hello Kitty Sewing Machine"
**********************************************************************************

Selain daripada memilik mesin jahit "Hello Kitty", aku juga memilik motor
Skuter SUZUKI 125cc "Hello Kitty".... Comel tak??
Sunday, August 16, 2009
Tea Cosy
Cantik tak? aku suka warnanya tapi aku rasa ia tidak akan jadi tempat tea cosy coz aku nak jadikan dia tempat simpan peralatan gunting aku... atau pun boleh juga di jadikan alas kepada pasu bunga, alas bekas kuih raya dan macam-macam lagi...
Effrins and Tea Cosy
Dah jadi sarung letak gunting....
Berminat??? boleh order..... harga bermula RM18 ke atas, bergantung kepada saiz.
Email: effrins@gmail.com
Friday, August 14, 2009
HELLO KITTY SEWING MACHINE
Tak sabar rasanya aku nak tunggu sampai next week.. Nak tau ngape??? Sebab mesin comel aku... dah ade kat Pejabat Pos....
Inilah mesin yang aku mintak tolong kat Auntie Kak Rosmah belikan di Target.Com... Asalnya aku nak terus order dan gunakan alamat Malaysia.... tapi tidak tersenarai.... Akhirnya aku ternampak Washington!!!!... dan teringat lak akan auntie Kak Ros yang menetap di sana dan akan balik bercuti ke Malaysia pada bulan August.... So, aku try tanya dia boleh tak tolong belikan dan pos ke Malaysia.... Dia kata boleh.... Alhamdulillah......
mesin ni aku akan simpan dan jaga baik-baik... coz... aku akan hadiahkan kat anak aku.... tapi tak tau lagi yang mana satu... Itu pun, kalau dia orang ku rasakan layak....Anyway one more time, I realy want to say very very THANK YOU to... kak Rosmah and her auntie madam Badariah Erwin Morris.....
Terima kasih banyak kali, Lain kali nak oder lagi... Hehehe....
Saturday, August 1, 2009
Koleksi Quilt Books Effrins
Ini adalah koleksi buku-buku tentang Quilting and Craft yang aku ada.... Aku sememangnya gemar untuk menyaksikan dan melihat kreativiti masyarakat dunia tentang Quilting. Sangat kreatif dan tidak disangka kebolehan mereka menghasilkan sesuatu benda..




Aku ni sebenarnya pantang jumpa kedai buku, mesti aku nak singah, hati ni meluap-luap nak tengok sama ada kedai buku tu ada tak jual buku yang sesuai dengan minat aku... kadang kala bila dah bosan tak tau nak ke mana, Kedai bukulah tempat aku bermanja dan melepak... Aku boleh duduk dalam kedai berjam-jam lamanya.... Semua buku aku nak tengok dari buku sekolah anak-anak hinggalah ke buku Craft. aku kagum nengok buku Craft... sememangnya manusia sangat kreatif... ada masa aku cemburu kerana aku tidak mempunyai pengetahuan yang cukup dalam tentang sesuatu hasil seni jahitan.

