Tuesday, October 6, 2009

PROJEK BULANAN AKU- 'BEG QUEEN OF NATURE'

Salam...

Kali ni aku nak tunjukkan apakah yang dah aku pelajari di Pusat Kraftangan EPAL...Banyak projek yang ditawarkan di sana... antaranya adalah beg ini...nama beg ni QUEEN OF NATURE..

Nak buat beg ni... memang perlukan kesabaran yang tinggi... cabaran yang pertama adalah semasa hendak memotong kain... jumlah kain yang di potong untuk di jadikan badan beg ini adalah seanyak 120 keping.. Cabaran yang kedua adalah, semasa hendak mencantumkan 120 kepingan kain ini... tapi itu kira okey lagi... seterusnya... cabaran yang ketiga...semasa menarik benang untuk menjadikan beg ini berkedut-kedut dibahagian atas dan bawah.... selepas sahaja siap tiga perkara ini... dah tentu tak sabar nak tengok beg ini siap.. sebab kerja utama untuk menyiapkan beg ini dah nampak hasilnya... cuma tinggal di tambahkan sikit-sikit kerja aje lagi...
Inilah pandangan dari bahagian hadapan beg Queen


Close-up... Hiasan 3 kuntum bunga... di bahagian hadapan







Inilah pandangan di bahagian dalam beg Queen...

Next time aku akan tunjukkan lagi pelbagai jenis kraftangan yang pernah aku pelajari dan aku buat...

No comments: