Tuesday, October 6, 2009

Mother's Bag 2006

Salam..

Beg lagi.. Ini pun beg pertandingan mother's day bagi tahun 2006 yang aku menang tempat pertama untuk pertandingan di peringkat Pusat Epal Kotaraya...
Cabaran untuk setiap pertandingan yang di anjurkan memang tidak sama... Sewaktu pertandingan ni aku sibuk dengan Kursus. Masa ni, aku menghadiri Kursus Induksi di KLIA... Sebelum ke kursus, aku dah berangan-angan untuk isi kan masa lapang di kursus dengan menyiapkan hiasan beg ni.. tapi malangnya aku langsung tidak berkesempatan kerana jadual yang terlalu padat. Aku perlu beri tumpuan pada kursus kerana ada exam pada penghujung kursus. Exam ni sangat le penting, tak buleh gagal. Kalau gagal aku kena ulang semula.
Habis saja kursus, aku mula busy nak siap kan beg ni.. mana taknya aku terpaksa kerja keras dan tak tido malam nak menyiapkan beg ni... Kenapa?? Sebab bahan untuk beg ini aku dah beli dan tempoh masa untuk menghantar susah semakin hampir... Pertandingan kali ini di syaratkan supaya di buat sulam manik labuci pada beg. Aku jahit tak kira masa.. termasuklah waktu rehat di pejabat... sampai nak bocor jari aku..
Berkat kesabaran dan sedikit teknik yang aku pelajari dari kelas bersama RADZWAN RADWILL yang pernah aku join dulu.. telah menjadikan pemenang tempat pertama... Hadiah hanya di berikan kepada tempat pertama sahaja...
Aku cuma dapat kid untuk membuat patchwork and applique dengan konsep "teady bear". Sampai la ni pun tak buat lagi, coz masa tak mengizinkan...
Inilah begyang menjadikan aku pemenang...


Pandangan Hadapan

Hiasan manik pada bahagian hadapan



Pandangan Belakang



Hiasan Manik pada pandangan belakang



Keadaan beg bila di buka...


No comments: