Thursday, October 1, 2009

Beg Telekong Aku...

Salam...

Dah 10 hari Syawal berlalu... mood raya masih ada, tapi mood jahit tak sampai-sampai lagi... Tak de apa yang nak di pamerkan... tapi aku nak jugak tunjukkan beg yang ramai officemate aku usha.... especially bila aku lepak kat surau...

Beg ini sebenarnya adalah beg pertandingan mother's day 2008 yang di anjurkan oleh Pusat Epal Kotaraya.. Pada mulanya aku tak tau pun pasal pertandinggan beg ini.. tapi ade member yang sama-sama belajar di epal yang bagi tau aku... Dia suruh aku masuk coz aku memang suka buat beg dan masuk bertanding.... sebelum ini pun (last year aku masuk pertandingan mother's day) aku menang juga...

Tapi kali ni memang berbaloi menang... coz bahan untuk buat beg ini hanyalah RM10... dan hadiahnya ialah percuma belajar di Pusat Epal selama 1 tahun... Ahli dan juga bukan ahli pun boleh sertai pertandingan ini.. masa yang di berikan untuk siapkan beg ini adalah 2 minggu.. Aku ambil peluang untuk ajak Kakak aku (Haa) dan budak-budak opis.. Malangnya bila tiba tarikh tutup penyertaan hanya aku dan kakak aku sahaja yang hantar...

Ramai juga yang masuk bertanding... macam-macam idea ada... kain yang di berikan tidak boleh di ukar ganti dengan kain lain. Oleh kerana itu, aku pun tambahlah sedikit kain lain... Plain colour (Pink and Green). tujuan di tambah kain pink ini adalah supaya beg yang di hasilkan akan menjadi lebih lesar dan lebar.. So buleh le isi banyak barang sikit. Lagi, aku tambah poket di bahagian luar dan dalam.. dan membalut tangkai dengan kain supaya lebih matching. Untuk hiasan pula aku sulam benang nama aku 'effa' di bahagian hadapan dan buat sedikit yoyo dan ditambah bunga ros supaya lebih cantik....


Ini lah hasilnya... dapi pandangan hadapan...



Dari pandangan belakang...



bahagian dalam...



Akhirnya.... selepas parajuri memberi markah... aku di nobatkan sebagai pemenang pertama... yeah..yeah... dapat sambung lagi satu tahun... alhamdulillah... kakak aku pula merupakan pemengang kedua... dia pun dapat belajar selama satu tahun di epal...



Ini adalah beg akak aku

2 comments:

eZa said...

moi, aku nak 1 plsss! upahnye?

Effa Fazrina said...

buleh, nanti aku dapatkan harga tangkainya dulu ye...