Saturday, October 17, 2009

Pertandingan Ping-Ping An An

Salam..


Lagi cite pasal pertandingan di Epal.. cerita bermula apabila aku membaca majalah bulanan epal..Ada di anjurkan pertandingan Ping-Ping AnAn.. Aku pun kurang pasti apakah pertandingan tu??Bila aku tengok gambar kat bawah ni, barulah aku tahu... pertandingan hiasan , reka letak buah Epal... Aku tertarik dengan hadiah yang di tawarkan..iaitu "Cutter Set". Ape yang menariknya hadiah ni? aku pun tak tau, pada hal aku pun dah ada. Mungkin kerana Cutter Set ni ada banyak saiz, dari yang paling besar hinggalah yang kecil. Semuanya ada 5 . Kalau nak beli sendiri mahal.. satu set yang aku beli pun dah dekat RM 300.00, ini kan pula kalau banyak sebegini. Katogeri Pertandingan adalah bermula dari 3 pemenang di setiap Pusat Epal dan pemenang-pemenang ini layak untuk ke peringkat seterusnya, bagi di nilai untuk keseluruhan peserta pertandingan.

Aku mengambil keputusan untuk membeli bahan untuk pertandingan yang bernilai RM189.oo. Bila barang dah sampai, aku mula belajar cara membuat buah epal dan daun nya daripada kain yang di berikan.. Buat lagi banak-banyak dan aku buat dalam pelbagai saiz dan warna.. ade yang kecik , ade yang besar, epal merah dan epal hijau...
Sebenarnya ini merupakan pertandingan aku yang pertama untuk katogeri Craft.. Takut juga aku sebab tak begitu mahir... Setelah siap menghias bingkai yang di penuhi dengan Epal.. aku bawa ke Pusat Epal untuk hantar dan di nilai... Memandangkan aku adalah peserta tunggal dari Pusat Epal Kotaraya, so bermakna aku layak terus ke peringkat seterusnya... Satu Bonus untuk aku.. Bagaimanapun, untuk ke peringkat seterusnya, aku telah pun di tegur oleh cikgu Zura dan Pengurus (Fonny) . Teguran ini adalah bertujuan untuk aku membaiki kesilapan pada epal-epal aku... Cikgu komen Epal aku kurang padat, so aku kenalah tambah lagi Fiber dan buka semula epal-epal aku.. Banyak kali juga aku fikir.. nak repair ke tak? tapi macam dah malas.. Akhirnya aku minta kebenaran Fonny untuk ambil dan bawa pulang... aku tak boleh buat kat pusat kerana mood tak cukup kuat.. Fonny kasi dan aku janji akan bawa semula dalam masa terdekat. Setelah siap aku, hantar semula ke Pusat Epal..

Akhirnya, pada suatu hari aku mendapat panggilan telefon dari Fonny dan dia memaklmkan bahawa aku adalah pemenang tempat kedua bagi keseluruhan. Alhamdulillah.. dapat juga ape yang aku nak.. tempat ke berape aku tak kisah, yang penting aku dapat hadiahnya.. cox hadiah tempat pertama hingga ketiga adalah sama... Ini adalah satu permulaan yang baik buat aku.. next time kalau ad lagi, aku akan masuk..hehehe...



Inilah maklumat pertandingan yang menarik minat aku...


Inilah bukti aku pemenang kedua.. tapi gambar tu dah salah letak... Hasil kerja aku adalah gambar yang di tempat ketiga.. bawah gambar aku..



Setelah menang, aku Framekan dan kini tersergam indah di dinding ruangan menjahit aku.. Kenapa aku frame kan? supaya ia menjadi semangat untuk aku bertanding lagi..



Selain itu, aku juga menghasilkan sebiji giant epal.. dan letak di ruang tamu... tapi epal ni nampak macam buah lai aje... hehehe

No comments: