Monday, November 16, 2009

Fancy Cookies for my Child

Salam...
Lagi cerita pasal fancy cookies...... hahaha ape dah jadi ni... hobby dah semakin banyak cabang la pulak.. kebetulan gak nye. Macam mane pun aku nak share gak cite cookies aku ni..hehehehe...
Sebenarnya, hari ini anak aku Qayyim mengikuti program dengan TASKA nye.. Lawatan sambil belajar ke Pertrosains, KLCC.. so, aku sajalah nak sediakan sedikit Jajan untuk Qayyim bawa ke sana dan bolehlah dia share dengan kengkawan dia.. So, menda yang paling senang untuk di siapkan adalah Fancy Cookies.
Nak di jadikan cerita, balik aje kerja, semalam.... aku terus menyediakan bahan-bahan untuk membuat cookies..semalaman aku di dapur.. menyiapkan cookies. Untuk siap cepat dan supaya nampak cantik tetapi simple, aku gunakan 'edible cartoon image'. Theme yang aku pilih adalah 'Ben 10 dan Mickey Mouse'. Ialah mengikut kesukaan anak-anak aku la..
Walaubagaimanapun, aku sempat gak buat lebih sikit untuk lain-lain partten.. al maklumlah baru dapat 'cutter' baru ...hehehehe sebab tu la excited nak buat banyak2. Kalau ikutkan hati tak nak tido.. tapi tak boleh... esoknya aku kerja..
Silalah menjamu mata... ye...

Cantik tak?

Jangan salah sangka... ini adalah cookies.. bukannyer baju anak patung....hehehe
Harga untuk sehelai fancy cookies ni, adalah RM4.50/pcs. Minima order adalah 5 helai.




Ben 10.. Fancy Cookies..
Inilah yang aku bekalkan pada Qayyim dan kengkawannyer..


Mickey Mouse.. Fancy cookies..
Untuk Baby. Qatrunnada..
Harga bagi 'edible' Fancy cookies adalah RM1.80/pcs. Minima order adalah 15pcs.
(Terdapat dalam pelbagai gambar cartoon.. seperti spongebob, hello kitty, doraemon spiderman dan lain-lain...bergantung kepada stok yang ade..)



Ini pun fancy cookies.. dress and cake...
RM4.50/pcs. Minima order is 5 pcs.
MEGA SALES...........


Sepatu Fancy Cookies....
ade sesiapa kehilangan kasut... dan yang ingin memiliki kasut comel ini???

Murah aje...RM1.80 sepasang. Minima order 10 pasang.

Jika ada sesiapa yang berminat nak order fancy cookies untuk hari raya aidil adha.. bolehlah oder sebelum atau pada ... 22.11.2009.. Terima kasih...


No comments: