Thursday, November 19, 2009

Beg Patchwork Bunga Api

Salam..



Kali ni, aku nak memperkenalkan beg bunga api.. Ini adalah merupakan beg pertama yang aku buat dan siapkan bagi projek di epal.. aku berjaya siapkan beg ni dalam masa 5 kali datang aje... ye lah masa tu very very excited...tapi menyiapkan beg ni, memang sesuatu yang menarik dan memberikan aku pengalaman baru yang cukup berharga..
Semasa mempelajari beg bunga api, aku telah pun dapat mempelajari satu teknik patchwork yang senang dan tak pernah terfikir oleh ku sebelum ini... Untuk pengetahuan kawan-kawan, aku pernah menghasilkan simple patchwork sebelum aku berkahwin... tapi tau tak bila patchwork aku siap???? patchwork tu siap semasa aku mengandung... bukan mengandung anak pertama. tetapi mengandung anak yang kedua.. hahahaha lama tak tempoh masa yang aku ambil untuk siapkan?? Kenapa boleh jadi macam ni ye... sebab aku rasakan menyiapkan patchwork adalah sesuatu yang sukar.. kerana aku tidak tahu bagaimana teknik yang sebenarnya... tapi apabila aku mempelajari beg bunga api, barulah aku tau macam mana teknik dan step-step yang perlu aku buat... malah aku boleh siap dengan tempoh masa yang cepat lagi...





Inilah Beg Bunga api yang aku hasilkan...
aku cukup puas hati... dan berbangga dengan diri aku sendiri...


Close-up...
Inilah cantum-cantuman tiga segi... setiap bucu mestilah brtemuantara satu sama lain..




Beg ini di lengkapi dengan zip....




Inilah gambar pandangan bahagian dalam.. ada poket lagi...